Thursday, July 8

Al-kisah

Salam. berikut merupakan satu email yang saya dapat daripada seorang senior. beliau telah memforwardkan cerita yang menyayat hati ini kepada saya. kalau jiwa anda sekeras calcium carbonate sekalipun, sila lah baca cerita yang ala-ala jiwang ini. walaupun nampaknya seperti jiwang, tetapi......baca je lah. rugi dowh, kalau tak baca.




Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.


Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.



Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.



Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.



Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.



Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.



Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."



Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.



"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.



Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.



"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.





............ ......... ......... .........








"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "


"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.



Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.



"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."





* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Sunday, June 13

Simple

Rasulullah
(sal Allaahu alahi wasalam) said, “I guarantee a house in Jannah
(Paradise) for one who gives up arguing, even if he is in the right; and
I guarantee a house in the middle of Jannah for one who abandons lying
even when joking / for the sake of fun; and I guarantee a house in the
...highest part of Jannah for one who has good manners.” [narrated by Abu
Dawud]

Monday, May 17

thnks fr th mmrs

Salam alayk.

Jalan2 Morib KITA 4-5 Mei 2010

the second outing with 'ahli usrah' (after the first one with abang naufal kat sunway). abang adam was planning to take us to malacca. by take, i mean go together as in one of us will also drive and read maps and got lost in the way together. but due to unforeseen circumstances, he changed his mind which is also the minds of ours. so we went to morib instead. no tentatives, no plans, just maps. and us. searched for a place to stay there and then, everything was spontaneous. how cool is that?

it was a wonderful trip. perhaps the most beneficial, the most significant, the most enjoyable, the most... (list go on and on..)..

learnt a lot, from 'outside' to the 'inside' stuff - you know what i mean. if you don't, just pretend you do. it won't bite.

thanks to all involved.

this is a video made by bro adam's friend. thanks a bunch too.


Tuesday, May 11

kenapa? - part 2

Salam alayk.

(ini sambungan post yang lepas)

Jazakumullahu khairan bagi mereka yang baca dan juga comment on my previous post. Semoga kalian dapat lah something daripada post2 aku yang tidak seberapa nu ye...

OK. Nak sambung post yang lepas...

Bagaimana study kerana Allah sedangkan kita study tu sebab nak lulus test atau exam? untuk menjawab soalan ini, suka aku untuk refer balik ayat yang telah tersebut yakni 51:56. Tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah. Bukan itu sahaja, ada satu lagi tujuan kita dicipta di bumi ini:
“ Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat, ‘ Aku hendak menjadikan khalifah di bumi’.... (hingga akhir ayat)” – (2:30)
Itu lah satu lagi tugas kita. Sebagai khalifah. Apa tugas khalifah?
“kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. .... (hingga akhir ayat)” – (3:110)

Clear ye? Tujuan kita ada dua; hamba dan khalifah. Generally dua-dua pun kerja kerana Allah betul? Sebagai hamba kita buat segala jenis ibadat yang bersesuaian dengan syariat, sebagai khalifah, kita basically ajak orang kepada Allah i.e. dakwah.

Ok.

Dakwah.

Jadi bagaimana? Kita habiskan masa untuk study, bila berdakwah? Disinilah kalau kita akan rugi kalau kita tak betulkan niat dan aim kita. Memang tak dapat dinafikan, kita study kerana wujudnya exam, exam pula untuk sambung belajar....bla3 semua, kerana nak capai cita2. insyaAllah tercapai lah cita2 kita kalau kita usaha. Tapi ingatkah hadis pertama daripada hadis 40 yang famous? Yang mana nabi s.a.w mengatakan ‘setiap amalan itu dengan niat. Jika kita niat kerana Allah dan rasul, maka untuk Allah dan rasul. Jika niat untuk dunia, maka akan dapat dunia.’ (begitulah maksudnya lebih kurang)Tapi dunia ni tak kekal. Suatu hari akan hancur. Kalau pun kita dapat dunia, apa yang kita hajatkan, apa yang kita cita2kan, suatu masa nanti akan hancur begitu sahaja, tidakkah rugi?

Maka bagaimana untuk tidak rugi? (hahahaha. Berapa kali dah aku pusing2 soalan sama...)

Aim utama kita nak jumpa Allah akhirat nanti. Nak menatap wajah-Nya. Nak masuk syurga. Nak masuk syurga ni bukan senang, ada benda2 yang kena buat. Haa, dua benda yang aku cakap tadi tu lah. Hamba dan khalifah. Sembah Allah dan dakwah. Jadi, pada pendapat aku (setelah mendapat ilham daripada seorang akh), kaitkan kerja kita kepada kedua2 kerja utama kita..

Nak jadi doctor? Boleh. Tak salah. Fardu kifayah siap. Fardu kifayah ni bukan nya kalau ada seorang dah cukup. Fardu kifayah ni akan terangkat jika dah cukup.... ‘kuota’. Selagi tak memenuhi keperluan ummat selagi tu sesuatu benda itu menjadi fardu kifayah. Contoh, pesakit ada 1000. Cukup ke doctor seorang? Tak cukup. Maka fardu kifayah masih tak terangkat. Kalau seorang doctor larat nak layan 10 pesakit, maka bila ada 100 doktor barulah habis fardu kifayah. Itu contoh lah. (tak silap aku lah. Kalau salah tolong betulkan ye..). ok. Berbalik kepada point. Nak jadi doctor tu jadilah. Apa salahnya niatkan nak guna kuasa sebagai doctor tu sebagai pembantu kerja dakwah? Doctor merupakan seorang yang berpengaruh. Tak percaya? Kalau korang sakit, korang jumpa doctor, doctor cakap apa2 pun korang ikut kan? Doctor kata makan ubat ni ni ni.. korang pun makan. Kalau dia kata jangan makan ni ni ni, korang tak makan. Maka doctor amat berpengaruh. Jadi, bukankah senang nak berdakwah kalau kita ada pengaruh? Maka, set kan dalam kepala, nak jadi doctor, sebab nak mudahkan kerja dakwah dan sebarkan islam. Itulah di katakan kerja untuk akhirat dan dunia sekaligus. insyaAllah kita dah penuhi satu tujuan hidup yakni sebagai khalifah. Dakwah ni pula bukan semestinya bagi ceramah macam kuliah maghrib mahupun seperti al-kuliyyah dan seangkatan dengannya. Kalau kita ajar orang sakit sembahyang duduk pun dah dakwah. Mengajak kepada Allah. Contoh yang lebih terror: nak bedah orang, before bagi bius suruh patient tu ingat Allah, zikir, selawat banyak2 ke.. mesti dia ikut punya. Dakwah dah tu. Dia baca dapat pahala kat dia dan kita insyaAllah. Mudah bukan? Maka dalam cita2 kita itu, niatkan lah nak tegakkan syariat dan syiar islam. insyaAllah diberkati dan dimudahkan segala urusan.

Kita backtrack. Nak jadi doctor kena dapat degree. Nak dapat degree kena masuk u. Nak masuk u kena exam pre-u. Nak exam kena study. Jadi, kalau kita punya aim utama, objektif jangka panjang, niat akhir kita kerana nak dakwah, nak penuhi tujuan hidup, maka insyaAllah segala benda yang on the way itu dikira sebagai pahala dan dikira lilallahi taala. Sebab nak sampai kat aim kita kena lalu jalan tu je, nak wat cemane kan? Pun begitu, tidak bermakna kita hanya study ketika on the way ni... kena jugak dakwah2 setakat termampu dan lebih sedikit. Allah tu jangan sekali-kali lupa. Sebenarnya study tu pun boleh jadi dakwah, given kita berjihad dalam study, yakni study sungguh sungguh sungguh. Dakwah secara perbuatan orang kata. Nanti orang kafir tengok.. pergh, rajin orang islam study ye.. mana tau kan? Huhu...

Jadi konklusinya, betulkan aim kita. Hiduplah untuk mati, jangan hidup untuk hidup. Eventually, kita akan kembali kepada Allah dan kita tak nak kembali dalam keadaan tak bawa apa2 untuk di tunjukkan kepada Allah bukan? Kita tak nak masuk neraka, ye tak? Kita nak masuk syurga. ..
Wallahua’alam bissawab. Harap2 korang dapat lah sedikit sebanyak benda yang aku nak share ni, walaupun tak straight to the point dan macam banyak juga merapurapu. Hoho...

By the way, aku pass interview imu. Alhamdulillah. Satu kaki dah melangkah masuk. Tinggal nak exam a level je. Doakan kejayaan aku dan kawan2 ye kawan2.

Friday, May 7

Kenapa?

Salam alayk.

Ali (bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar yang rajin. Sangat rajin. Assignment yang lecturer bagi hari ni, hari ni jugalah dia siapkan. Pantang ada masa free je, dia buka buku, buat revision. Sangat cemerlang orangnya. Sekarang dia sedang tekun belajar di satu institut persediaan ke luar Negara. Exam a level nya semakin hampir. Kalau pepatah orang putih kata, a stone’s throw je lagi. Ataupun just around the corner. Corner mana tak tahu lah tu. Tapi amat dekat. Dari itu, dia semakin rajin mengulang kaji pelajaran. Pagi petang siang malam asyik dengan buku sahaja.

Namun pada suatu hari di kala penat mengulang kaji pelajaran, dia didatangi seorang hamba Allah juga merangkap sahabatnya. Hamba Allah itu bertanya,

“ kenapa kau study sungguh2 sangat ni? “

Ali merenung wajah sahabatnya itu dengan dahi berkerut dan menjawab, “ mabuk ke mamai kau ni? Exam bukan minggu depan ke?”

“oh, kiranya study sebab exam lah ye? Kalau tak exam kau tak study lah?”

“........ entah lah. Ye lah kot.... kenapa?”

“kenapa kau ambil exam a level ni?”

“.................... sebab aku nak fly ke uk. Kau?”

“hurm. Lebih kurang lah. Kenapa kau nak fly? Sebab nak jadi doctor? Kenapa nak jadi doctor sebenarnya?”

“...........................................................”

Pernahkah korang terfikir soalan-soalan yang ditujukan kepada Ali di atas? Kadang-kadang, dalam kita sibuk berusaha mengejar impian, dalam sibuk kita belajar, ulang kaji sehingga lewat malam, sehinggalah segala jenis soalan pun kita dapat jawab dengan senang, kita terlupa satu soalan yang sangat mudah – apa tujuan kita buat semua tu? Apa matlamat kita? Apa objektif kita?

Bilamana soalan2 seperti ini gagal dijawab, maka hampeh lah segala usaha2 kita. Kita tak tahu pun kenapa kita penat2 usaha.

"Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" (51:56)

Sebagai seorang muslim, haa, ini lah tujuan hidup kita. Dah boring dah dengar ya? Ayat ni juga lah yang selalu orang ulang. Tapi, adakah dengan boring dengar itu kita ambil pengajaran? Ataupun boring sekadar boring tanpa ada input? Adakah dengan orang ulang banyak2 kali itu kita punya aim kembali betul, ataupun ayat ini seolah-olah seperti ‘smart tag’ sahaja (bak kata seorang sahabat aku), yang mana berlalu dengan laju tanpa meninggalkan kesan yang significant?

Tujuan hidup kita ialah beribadah kepada Allah. Betul. Lepas tu, yang kita study penat2 ni ibadah ke? Ok, nawaitu lillahi taala. Tapi kalau takde exam, kita tak study. Maka tak boleh dinafikan kita study kerana exam. Pastu Allah tu letak mana? Kata study kerana Allah? Allah ni ikut exam ke, ada musim2? Tak. Lepas tu? Study berpanjangan lah, tak kira ada exam atau tak. Tapi apa yang kita study? Benda yang ada dalam syllabus kita saja kan? Kenapa yang tak masuk syllabus kita tak study? Sebab..... Ok lah, surrender. Study kerana exam. pastu kalau study kita kerana exam, berapa kerat dari hidup kita yang dikatakan untuk Allah itu kita spend untuk ibadat? Gagalkan kita memenuhi tujuan hidup??

Dah tu, macam mana yang dikatakan study kerana Allah?? ....

To be continued.........

P/s: bagi pembaca blog ini, jika korang ada idea yang nak share berkenaan mana2 soalan yang wujud dalam post ini, sila kemukakan. Sama2 kita share ilmu yang kita ada.. kalau aku ada masa, insyaAllah aku sambung post ni dengan jawapan aku sendiri.

Monday, April 19

Hebat....hebat...

Salam Alayk..

Penat study? penat bekerja? ya, memang anda penat, sebab itu anda merayau2 di alam maya. anda pun singgah lah di blog saya ini, ye tak? kalau tak, mungkin anda boring.. baiklah, apa2 pun.. alang2 anda sudah buka blog saya, jom ikut saya berfikir sambil menenangkan fikiran sekejap..................



rambut, ataupun bulu, dalam bahasa inggeris nya dipanggil hair. tidak kira lah rambut di kepala ke, bulu kening ke, bulu mata ke, misai ke, janggut ke, bulu hidung, bulu2 lain ke.. yang penting semua itu dikategorikan sebagai hair. betul? ya, betul. mereka semua mengandungi keratin.... ok, tinggalkan dulu bio..

baiklah, sekarang, perhatikan semua bulu ataupun hair yang ada di badan anda. walaupun semua dipanngil hair, tapi adakah semua sama? tak. tak sama. lain. rambut kat kepala lebih panjang daripada bulu kening kat mata. bulu kening ngan bulu mata pun tak sama walaupun dua2 ada kat mata. hebat tak? janggut ngan misai, dua2 kat mulut. samakah? tak juga. hebat tak? hebat..hebat...

siapa yang buat semua tu? ALLAH swt.. hebat tak Allah? hebat.......

hair, walaupun kategori sama, kadar penumbuhan dia sama tak? tak sama juga. rambut di kepala tumbuh lagi cepat daripada 'rambut' di 'tempat lain', contohnya. bulu mata tak tumbuh2 dah. bayangkan kalau semua jenis hair yang ada di badan kita tumbuh sekata... apa jadi ya??
mungkin gaya punk atau mohawk bukan sahaja boleh di buat pada rambut, malah pada janggut atau bulu mata (wallahua'lam la cemane..). tapi itulah, oleh sebab2 yang tertentu, maka rate of growth hair ni lain2 semuanya. hebat kan?

siapa yang buat semua tu? ALLAH swt.. hebat tak Allah? hebat.......


ok lah. sila sambung study atau kerja2 anda. lain kali kita fikir lagi pasal kehebatan Allah..



"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails