Friday, February 11

Maulidur rasul

Salam alayk.

sekarang bulan february. oh, siapa tak tahu tentang itu. sure semua sedar. minggu depan 14hb februari. ohh! valentine! siapa yang tidak tahu atau sedar akan kehadiran hari tersebut pastilah seorang yang sangat2....hulu. kampung. pedalaman. kolot.

esoknya, 15 hb tu adalah maulidur rasul. oh. maulidur rasul. ok.

ok je? tahu tak maulidur rasul tu apa?




ya, siapa yang bergelar muslim tapi tidak tahu akan satu hari bersejarah dalam kalendar hijrah yang diberi nama maulidur rasul tu, aku tak nak cakap apa2 lah kan. valentine tahu, maulidur rasul tak tahu pulak. hish.

anyway, saja buat intro ala2 emo sedikit. maulidur rasul ni merupakan 'birthday' nabi junjungan kita, muhammad s.a.w. 12 rabi'ul awal. tahu tak kita sekarang dalam bulan rabi'ul awal? bulan rabi'ul awal tu bulan keberapa dalam kalendar hijrah? tahu tak kalendar hijrah tu apa? (ok, agak keterlaluan disitu) tahun ni tahun berapa hijrah?

berbalik kepada maulidur rasul, ataupun birthday nabi sepertimana yang dipersetujui semua orang. namun, ustaz ridha punya talk kat intec dulu, seingat aku beliau kata 12 rabiu'l awal ni tarikh kewafatan rasulullah, bukannya tarikh lahir. wallahualam. kita serahkan kepada yang pakar untuk menghuraikan perkara tersebut dengan panjang lebar.

either way, kita rakyat malaysia akan sambut maulidur rasul dengan banyak perkara. contoh: selawat, zanji etc etc. namun berapa ramai kah daripada kita yang betul2 menghayati celebration tersebut? i mean, selawat tu selawat lah, bagus lah kalau selawat, tapi adakah selawat kita tu kita betul2 dedicate kepada baginda s.a.w.? berapa ramaikah kita yang betul2 menghayati sejarah hidup baginda? yang lebih penting, adakah kita mengamalkan ajaran dan sunnah baginda? sama2lah kita fikir dan reflect. post aku ni walaupun tak hebat dan tak de lah boleh sampai direct ke hati, tapi aku harap, korang yang baca ni dapat muhasabah lah sedikit sebanyak. of course, apa yang aku sampaikan juga ditujukan kepada diri sendiri..

Nabi s.a.w. bersabda :"orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku,"  - ibnu masud 
(insyaAllah translation ni perkataan per perkataan dan tiada yang tersalah maksud langsung daripada hadis asal)


3 comments:

huda said...

takutnya tahun ni kalau2 maulidur rasul tercemar gara2 muda-mudi duk sibuk nk celebrate valentine. nauzubillah~

Amirul said...

yep2. nauzubillah..
mntak jauh la. insyaAllah nilai2 islam dlm diri remaja2 tu masih ada.

Ridzuan Ariffin said...

Assalamualaikum.

Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, insyaAllah sama-sama kita tgk ceramah nie...

http://penaseorangmuslim.blogspot.com/2011/02/kecintaan-pada-rasulullah-saw.html

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails