entri kali ini akan membincangkan puasa ramadhan. ye lah, semua orang pun dok buat post berkenaan puasa, aku je belum. setakat puasa ni aku asyik dok cerita hal masak je...
Hari ni adalah 17/8/2010 bersamaan 7 ramadhan. wahha, sedar tak sedar, masa berlalu dengan begitu cepat sekali. dah seminggu kita puasa. persoalannya, bagaimanakah puasa kita tersebut? adakah kita telah benar2 berpuasa selama seminggu ataupun hanya tidak makan dan minum selama seminggu? sesungguhnya amat rugilah kita kalau sekadar lapar dan dahaga semata.
puasa, sepertimana yang kita telah pelajari sewaktu tingkatan berapa entah, bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. menahan lapar dan dahaga kita semua pass - ye lah kan, semua tak makan dan minum dari subuh sampai maghrib - dengan jayanya. yang kedua juga. kentut tidak membatalkan puasa. kalau kentut sekalipun puasa kita masih selamat. maka kita berjaya puasa-lah, basically. yeay untuk diri sendiri.
pun begitu, adakah kita merasa senang dengan ibadat puasa yang kita telah lakukan? maksud aku, adakah setelah kita berbuka, kita rasa "ok. aku dah puasa hari ni. fullstop."? ataupun kita fikirkan tentang KUALITI puasa yang telah kita tunaikan?
IELTS writing test. kita diberi soalan. lepas tu kena jawablah kan? dalam bentuk esei. ketika menjawab sudah pastinya kita akan tulis sebaik mungkin. kalau boleh tak nak salah langsung. grammar, ejaan, isi, semua kita jaga dan buat yang terbaik. dan apa perasaan kita setelah masa tamat? lega? betul. risau pun mesti ada ye dok? "macam mana lah esei aku. mintak2 lah dapat 9.0". sebab apa wujudnya perasaan sebegitu? kerana kita tahu esei kita itu subjektif. 100% terpulang kepada pemeriksa untuk meberikan markah.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda (yang kira-kira bermaksud): “Setiap amalan anak Adam itu baginya. Satu kebaikan dibalas dengan 10 ganjaran hingga 700 kali ganda.” Firman Allah ‘azza wa jalla: “Melainkan puasa, sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sesungguhnya dia meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku. Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya, dan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.” (Dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, an-Nasa’I, Ibnu Majah, al-Darimi)
samalah dengan puasa kita. sangat2 subjektif. puasa kita ni terserah 100% pada Allah untuk memberi pahala. hah, jadi mengapa tidak muncul perasaan yang sama seperti mengambil IELTS writing test? kalau muncul, bagus, alhamdulillah. diharapkan dengan wujudnya perasaan tersebut, kita berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk memberikan ibadat puasa yang terbaik untuk dinilai Allah. bukan apa, untuk diri kita sendiri jugak...
apakah usaha kita dalam meningkatkan kualiti puasa? tengok movie? huuih. pesanan penaja, walaupun addicted kepada movie, tolonglah jihad untuk meninggalkan movie selama sebulan. sesungguhnya dalam movie apa-apa pun, terutama sekali cerita hollywood, memang maksiat berleluasa. hundred percent. bagi lah alasan apa sekali pun, movie2 ini memang penuh dengan perkara yang bakal mengurangkan kualiti puasa korang. tambah2 cerita keluaran zaman sekarang. cerita komedi pun penuh dengan kata2 kesat. ape daa... cerita disney pun akan ada jugak orang separuh bogel. ape daa... cerita action packed sekali pun pasti akan ada part2 romantik. ape daa... movie melayu? sama je.. baik korang tengok benda2 yang berfaedah. alkuliyyah ke, semanis kurma ke, halaqah ke, ustaz azhar idrus ke, harimau makan kera ke, kumbang terbang ke...
"tengok anime tak pe kan? kartun je pun.. bukan orang betul,"
ahah~ aku tak nak jawab soalan ini, sila lihat video ini yang memberi keterangan tentang perkara tersebut. (kalau korang tak paham, sila tanya syariful bahri)
banyak perkara tambahan yang boleh kita buat semasa berpuasa. baca al-quran, zikir, selawat, asma ul husna, solat sunat... banyak lagi lah. tidur pun lebih baik bagi korang daripada korang tengok movie atau dengar radio atau tengok kartun. bulan inilah kita nak buat 'stunt' paling hebat pun. ibadat dalam ibadat. buat banyak perkara dalam satu masa. woha. jarang kot boleh buat. puasa itu satu ibadat. ketika kita sedang berpuasa kita solat sunat. dalam solat sunat kita baca ayat2 alquran. tengok, tiga ibadat kita buat sekaligus. dah la amalan digandakan hingga 700 kali ganda. bayangkan weh... fuyyai. kayo kito..
konklusinya, banyakkan lah amalan di bulan puasa ini. dan cuba lah istiqamah setelah habis bulan ramadhan. semoga bulan ramadhan kali ini betul2 memberi makna kepada kita. amin~
konklusinya, banyakkan lah amalan di bulan puasa ini. dan cuba lah istiqamah setelah habis bulan ramadhan. semoga bulan ramadhan kali ini betul2 memberi makna kepada kita. amin~
3 comments:
Best, best! XD
ielts..harap2 dapat 9.0? mak aih..hahahaha
apa yang best razeen? XD
haha. takde lah harap 9.0 pun, saje je nk wat hiperbola.. dah kalau nk yg terbaek, ikut ielts pnya marking 9 r.. ish ko ni.
Post a Comment