Monday, June 20

memberi dan diberi

Salam alayk.
post kali inspired by blog kawan aku. thank you orang yg berkenaan.

consider this :
ada lah seorang kawan kau, kita namakan dia X. kau tak rapat sangat dengan dia. tapi dia ni dalam kalangan kawan2 kau jugak lah. jauh2 sikit. dan kau tahu dia ni seorang smoker tegar, walaupun dia smoke secara sembunyi. hari2 dia hisap rokok satu kotak sehari. dia tak tahu kau tahu dia smoker tegar. lepas tu, pada suatu hari...

X : weh ________________ (isi dengan nama kau). ko tahu tak? smoking ni bahaya bai. boleh dpt lung cancer. dah la tu, ulama kata haram pulak. so kalau ko hisap rokok, berdosa ah.

---STOP RIGHT THERE----

bagaimana reaksi korang?



A : oh ye ke? tq weh.
B : oh ye ke? tq weh (ahhh kau. x sedar diri lah pulak. ko dk smoke satu kotak sehari tu apa benda? - dalam hati)
C : ahhh kau. x sedar diri lah pulak. ko dk smoke satu kotak sehari tu apa benda? ingat aku x tahu?

kalau A, maka bagus. B, masih bagus, cuma kurang. C, tak bagus kalau korang react macam tu. ya, betul dia x sedar diri. dia sniri buat kesalahan tu, nak tegur orang pulak dah. cek diri lah dulu kan? tapi tahukah anda? saidina ali pernah cakap " lihatlah kepada apa yang diperkatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata". so dalam hal ini, seorang smoker nak cakap kat kita bahawa smoking itu salah. kita tak patut buat. which is true. dan juga satu benda yang elok. maka kita patut ambil lah nasihat dia tu. x perlu react macam C, sbb although dia sendiri tak practice apa yg dia cakap, tapi apa yg dia cakap still berguna. dia x practice apa yang dia cakap tu hal dia dengan Allah. bukan hal kita. kalau nak jadi kan hal kita, tegur lah balik. buat macam reaction D. jangan jadi macam abu jahal, yg x nak terima islam semata2 sbb nabi muhammad itu keturunan lain, walaupun dia mengaku apa yang di bawa itu benar. (kalau tak salah aku lah. aku pernah dengar. kalau salah tolong betulkan weh)

itu part yang menerima. part pemberi pulak, kena ingat jugak, dalam quran surah as-saff ayat 2 dan 3. whereby Allah cakap:
wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? [61:2]
(itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. [61:3]
so x boleh semata2 cakap je. ye, peringatan itu bagus. memang kita kena sentiasa mengingatkan. tapi jangan lah sampai menconteng arang di muka sendiri pulak. kalau kita even tak plan pn nak buat, jangan cakap awal2 lagi. kalau kita nak buat sama2, bagi aku lah, tak sahih pun, tp bg aku, ok lagi. tp yg paling ok, buat dulu baru cakap. walaubagaimanapun, jangan pulak jadikan alasan tak nak memberi peringatan sebab ko x nak buat something. kerja kau sbg khalifah kena tolong orang lain. amar makruf nahi mungkar.

ok itu sahaja kot. bottomline is, dua2 kena baik sangka terhadap diri masing2. orang bagi nasihat, kalau elok, kita ambik. kita nak bagi nasihat, biar nasihat tu untuk kita sendiri jugak. and therefore act like ada orang bg ko nasihat. faham ke tak nih? haha

ohh reaction D : oh ye ke? tq weh. hopefully ko sniri pun ingat lah nasihat ko kat aku ni smpai bila2. (ya Allah tolonglah dia berhenti smoking, now that dia dah sedar - dalam hati)

No comments:

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails