Sunday, August 14

post puasa tahun ini


Salam Alayk.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah: 185)

Sebut sahaja Ramadhan tentu banyak perkara yang mula bermain di fikiran: puasa, tarawikh, sedekah, raya, bazaar, sahur, dan paling utama, makanan yang berbagai. Biasa. Bagi sesetengah orang pula, bulan Ramadhan adalah satu bulan yang dinanti-nanti kerana segala amalan yang dilakukan dalam bulan itu, Allah beri ganjaran berlipa-lipat ganda. Maka golongan ini akan banyak melakukan amalan-amalan sunat. Yang tidak pernah ke masjid, pada bulan Ramadhan lah rajin ke masjid dengan tidak semena-mena. Alhamdulillah. Baguslah kan?
Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”

(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

Tidak lupa juga kepada yang betul-betul menghayati bulan Ramadhan dengan mengingati dan ‘melibatkan’ diri dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan mulia ini ketika zaman Rasulullah SAW dulu. Perang badar, contohnya. Memikirkan nabi dan para sahabat suatu ketika dahulu berperang sewaktu berpuasa memberikan semangat kepada mereka untuk melakukan kerja-kerja harian. Untuk berjihad di bidang masing-masing. Ramadhan juga merupakan satu bulan yang mana di turunkan kitab suci al-Quran di dalamnya. Wujud juga golongan yang akan banyak membaca al-Quran sepanjang bulan ramadhan.

TAHUKAH ANDA, AL-QURAN DITURUNKAN DALAM BULAN RAMADHAN?


Adapun golongan-golongan yang telah disebutkan di atas tadi bagus-bagus belaka sebenarnya. Artikel ini bukanlah bermaksud ingin meng-condemn mana-mana pihak. Malah artikel ini tidak akan berbicara mengenai manusia pun.
Idea utama artikel ini adalah untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang Al-Quran. Maklumlah, sekarang ini bulan Ramadhan, bulan yang diturunkan Al-Quran, seperti yang tertera dalam ayat pembuka karangan di atas. Sebab itu lah maka kita dapati apabila masuknya bulan Ramadhan, Al-Quran menjadi satu perkara yang amat menyerlah. Pertandingan tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa dilangsungkan dalam bulan ramadhan (suatu ketika dahulu), imam- imam tarawikh di masjid-masjid akan membaca Al-Quran satu muka surat setiap rakaat. Satu hari dah habis satu juzuk. Majlis khatam Quran, tadarrus Quran, dan macam-macam lagi. Sehingga kan di satu Negara Arab, terdapat iklan tentang Al-Quran! (baca Quran di mana-mana sahaja, walaupun di dalam kereta. Cubalah youtube!)
Mengapa begini? Selain menghayati bulan Ramadhan Al-Mubarrak, bulan turunnya Al-Quran, membaca Al-Quran juga boleh dikatakan sebagai cara senang untuk dapat pahala. Kalau dalam exam, kita guna istilah free mark.
 Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.
(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )
Satu huruf sepuluh pahala. Dalam bulan puasa pahala digandakan minimum 10 kali ganda lagi. Jadi kalau baca satu huruf dari Al-Quran pada bulan Ramadhan, kita sudah mendapat 100 pahala, theoretically. Wahhh. Itu minimum. Lebih banyak kita baca, lebih banyak ganjaran kita dapat. Senang sahaja. Secara percuma.
Perkara yang ingin disampaikan sebenarnya itu sahaja. Banyakkanlah membaca Al-Quran dalam bulan Ramadhan ini. Amat rugi kalau kita tidak mengambil peluang yang hanya datang setahun sekali ini. Lagu-lagu western, K-pop, rock kapak hari-hari kita dengar, susah kah jika kurangkan, jika tak dapat tinggal, sepanjang bulan bonus ini? Duit kalau diganda-gandakan dengan kerja yang sedikit kita tanpa syarat akan lakukan kerja tersebut, mengapa tidak yang ini?

Sebagai penutup, berikut merupakan beberapa lagi petikan hadis tentang kelebihan membaca Al-Quran. Sekian, selamat beramal.
 Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.
(  Hadith Riwayat Muslim )
 Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
( Hadith Riwayat Bukhari )
 Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda :“Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )


No comments:

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails