Monday, January 18

Isu Penggunaan Nama Allah

salam alayk..
setelah sekian lama tidak menulis blog (kerana tiada internet, masa serta idea), hari ini aku agak tertarik untuk berkongsi pandangan aku mengenai isu yang hangat diperkatakan majoriti masyarakat malaysia dewasa ini, iaitu isu penggunaan nama Allah oleh golongan bukan islam.

secara jujurnya, aku tidak ambil pusing sangat tentang isu2 semasa ni. saya hanya tahu isu ini timbul kembali apabila ada seorang kawan sedang bercerita kepada kawan yang lain. maka dengan itu, saya tidak tahu sangat cerita2 dan sejarah2 serta segala konflik yang berlaku. apa yang saya tahu hanyalah

ada orang islam yang membantah dan ada yang tidak membantah (tidak bermaksud menyokong)

dengan itu maka wujudlah pemberontakan oleh golongan muslim malaysia yang melakukan demonstrasi di...mana entah. lupa dah. hehu... dan sekarang ini, jika anda melayari facebook, anda akan melihat jemputan daripada kawan2 anda untuk menyertai kumpulan yang menentang penggunaan nama Allah oleh golongan bukan muslim.

okai. cukup sesi pengenalan. ngee...

untuk berkongsi pandangan saya, ingin saya tujukan beberapa soalan. para pembaca boleh jawab kalau mahu. tapi sila jawab dengan sopan santun ye, jangan kutuk2.
- kenapa orang kafir nak sangat translate bible mereka kepada bahasa melayu?
- kenapa mereka nak terjemahkan god kepada Allah sedangkan mereka tahu sangat2 dah Allah ni nama tuhan orang islam dan mereka bukan lah penganut agama islam pun?
- adakah mereka tak fikir langsung tentang akibat usaha mereka untuk melakukan sesuatu perkara seumpama ini? maksud aku, tentangan dan segala yang sewaktu dengannya?
- boleh kah mereka mengelirukan ataupun sebarkan dakyah mereka dengan terjemahan bible? aku kurang faham metodologi mereka.

bahkan, pada pendapat aku, rancangan mereka sebenar bukanlah untuk menyesatkan ataupun mengelirukan orang islam. tetapi mereka ingin MEMECAHKAN umat islam itu sendiri.
bagaimana?
tuan2 dan puan2, sedar tak sedar, usaha mereka untuk menterjemahkan god kepada Allah itu telah menjadi satu isu kontroversi yang mana seperti yang aku nyatakan sebagai pendahuluan tadi, muslimin muslimat di malaysia ada yang membantah dan ada yang tidak. ini merupakan satu perpecahan yang amat halus. mungkin kita tak nampak sebab kita sibuk dan dibutakan dengan penentangan kita terhadap isu yang ditimbulkan oleh kafirun ini.

sesungguhnya para kafirun ini amat bijak sebenarnya. mereka telah merancang segala jenis rancangan untuk memecahbelahkan umat islam seterusnya menghancurkan islam itu sendiri. 700 tahun juga minimum nya.. jadi kontroversi yang mereka timbulkan sekarang ini bagi aku hanyalah... apa orang kata.. ada udang disebalik batu ye? haa.. yelah. itu lah.

banyak sebenarnya isu2 kontroversi yang mereka timbulkan untuk butakan kita dan seterusnya menyerang kita secara halus-halusan. kita cuma perlu berfikir dengan lebih lanjut dan dalam sahaja. dan ambillah langkah2 yang sepatutnya. jangan terpedaya.

sekian, amar makruf nahi mungkar...
wsalam.

ps: syarif.. kalo mu baco post ni, tulung postkan website hok mu tunjuk ko aku tu buleh dop? buleh share kt sini.. tq~
"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails