Tuesday, September 22

Kuzi Ayam~

Salam.

Kuzi merupakan satu makanan yang agak famous di kelantan (saya katakan kelantan kerana kawan2 saya yang berasala luar dari kelantan tidak tahu apakah itu kuzi apabila saya bertanya kepada mereka). ia di makan bersama roti jala, menggantikan kuah kari. rasanya agak manis sedikit. menurut ibunda saya, kuzi ini merupakan masakan orang arab apabila menganjurkan aqiqah. aqiqah kan sunat buat masakan manis2... ye la kan.. nak celebrate budak2 yang baru lahir.. kalaupun tak directly tapi still baby lah kiranya..

.:.Ingredients.:.

(first, i must apologize, sukatan untuk bahan2 berikut tiada standard ISO.. jadi kena pandai2 buat balance equation sendiri supaya rasa masakan ini betul2 kaw. second, i must apologize again, sebab menyimpan resepi yang sepatutnya di post ketika raya hari itu untuk sekian lama)
  • ayam serta hati ayam
  • kismis
  • biji gajus
  • bawang besar dan putih
  • ubi kentang
  • halia
  • tomato puree
  • sos tomato
  • susu cair
  • serbuk kuzi
  • minyak sapi
  • garam dan gula
.:.procedure.:.

  1. goreng kismis ketika minyak masih belum panas, diikuti gajus, bawang besar dan putih, ubi kentang secara berasingan. (note: goreng bahan2 ini sekejap sahaja, bukan sehingga garing. dalam bahasa inggeris, goreng disini bukanlah fry tetapi saute)
  2. goreng hati ayam dan juga ayam.
  3. kisarkan bawang besar dan putih yang telah digoreng bersama halia sehingga lumat.
  4. ke dalam satu periuk yang besar, masukkan bahan2 kisar, diikuti tomato puree, sos tomato, susu cair, serbuk kuzi dan minyak sapi.
  5. tambah air sehingga 4/5 penuh.
  6. letak atas dapur dan..pasanglah api, apa lagi.
  7. masukkan garam dan gula secukup rasa. kacau bahan2 tersebut sekali sekala untuk mix semua ingredient kuah. panaskan sehingga solution tersebut mendidih.
  8. masukkan ayam perlahan-lahan. kacau. perlahan-lahan juga, untuk mengelakkan isi ayam itu hancur.
  9. apabila ayam kelihatan sudah lembut, dan agak2 rempah2 solution sudah absorbed kedalam ayam, masukkan ubi kentang serta hati. kacau lagi sedikit.
  10. biarkan sebentar, kemudian masukkan kismis dan bawang goreng. kacau sedikit lagi.
  11. tutup api.
  12. dah, siap. hidang. makan. basuh pinggan lepas sudah makan. periuk2 kuali semua tu, basuh lah juga.

Friday, September 18

Post pre-raya..

Salam alayk..
alhamdulillah, aku telah selamat sampai ke rumah pada jam 7.00 p.m. td, setelah 12 jam perjalanan. sepatutnya 8 jam sahaja kalau menaiki kereta, tapi disebabkan musim perayaan, maka macam biasalah, semua orang nak balik beraya, memenuhkan jalan raya, satu fenomena yang dinamakan jam.

rupa2nya menjadi seorang pemandu jarak jauh ni amat memenatkan. aku drive from benta sampai ke rumah. walaupun kereta auto, tapi disebabkan keadaan jam, memang pancit rr...

sepanjang perjalanan, aku dah came across 3 buah kereta yang hancur. accident. nau'zubilllah..

okeyh. aku penat. tak nak cakap banyak. so disini nak postkan satu kad raya yang kawan bagi secara online. haha

selamat hari raya~


Sunday, September 13

antara sabar and mengeluh

salam alayk.. petikan ini diambil dari notes rafi d facebook. kesah ini maybe pernah didengar oleh ramai orang saya rasa. tidak mengapa. ini tazkirah, kerana manusia itu sering lupa.


---------------------------------------------------------------------------------------------

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Saturday, September 5

udang (besar) sweet sour podeh

salam. hari ini aku ingin berkongsi satu lagi resepi yang telah dipelajari di rumah. sebelum itu, ingin aku nyatakan di sini bahawa semua resepi yang di post kan di sini tiada ISO, as in semua bahan tiada sukatan yang tetap atau fixed dalam bahasa english nya. sukatan setiap bahan itu bergantung kepada diri sendiri, ataupun di panggil sebagai 'secukup rasa'. okei. title post ini menyatakan resepi yang aku ingin berkongsi pada hari ini. podeh itu accent negeri sembilan yang membawa maksud pedas. aku belajar resepi ni pada hari yang sama aku belajar masak sotong sumbat.
** selingan: bazar ramadhan depan cemara tidak banyak pilihan. aku nak makan lompat tikam.. =( dan juga somtam.. =((

bahan-bahan:
  • udang galah ataupun apa2 jenis udang yang saiznya agak besar
  • sos cili dan sos tomato (baca: dalam kuantiti yang sama)
  • bahan2 tumis : bawang tumbuk (a blend of bawang putih and merah), cili giling
  • minyak masak of course
  • gula
  • garam
  • slices of bawang besar
procedure:
  1. tuang minyak ke dalam kuali untuk tujuan menumis, dan panaskan. masukkan bahan2 tumis satu sudu. tumis sehingga garing, iaitu apabila dah berbau best.
  2. masukkan cili sos dan sos tomato dan kacau.
  3. tambah setengah sudu gula dan garam secukup rasa. kacau lagi.
  4. masukkan udang slow2, untuk elakkan benda dalam kuali tu terpercik ke muka anda. tambah air jika anda mahukan kuah. kacau sedikit dan tunggu sehingga masak, balik-balikkan udang along the way. (baca: masak apabila udang berkenaan bertukar warna daripada putih kepada kekuningan)
  5. masukkan bawang putih beberapa slice dan kacau sedikit lagi. (baca: step ini boleh dibuat awal-awal, tapi mak aku suka bawang itu rangup, so dia masukkan bawang last. oleh sebab aku belajar resipi dia, aku ikut lah dia buat)
  6. serve.

puasa dah setengah bulan. amalan cemana?
"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails