Monday, April 19

Hebat....hebat...

Salam Alayk..

Penat study? penat bekerja? ya, memang anda penat, sebab itu anda merayau2 di alam maya. anda pun singgah lah di blog saya ini, ye tak? kalau tak, mungkin anda boring.. baiklah, apa2 pun.. alang2 anda sudah buka blog saya, jom ikut saya berfikir sambil menenangkan fikiran sekejap..................



rambut, ataupun bulu, dalam bahasa inggeris nya dipanggil hair. tidak kira lah rambut di kepala ke, bulu kening ke, bulu mata ke, misai ke, janggut ke, bulu hidung, bulu2 lain ke.. yang penting semua itu dikategorikan sebagai hair. betul? ya, betul. mereka semua mengandungi keratin.... ok, tinggalkan dulu bio..

baiklah, sekarang, perhatikan semua bulu ataupun hair yang ada di badan anda. walaupun semua dipanngil hair, tapi adakah semua sama? tak. tak sama. lain. rambut kat kepala lebih panjang daripada bulu kening kat mata. bulu kening ngan bulu mata pun tak sama walaupun dua2 ada kat mata. hebat tak? janggut ngan misai, dua2 kat mulut. samakah? tak juga. hebat tak? hebat..hebat...

siapa yang buat semua tu? ALLAH swt.. hebat tak Allah? hebat.......

hair, walaupun kategori sama, kadar penumbuhan dia sama tak? tak sama juga. rambut di kepala tumbuh lagi cepat daripada 'rambut' di 'tempat lain', contohnya. bulu mata tak tumbuh2 dah. bayangkan kalau semua jenis hair yang ada di badan kita tumbuh sekata... apa jadi ya??
mungkin gaya punk atau mohawk bukan sahaja boleh di buat pada rambut, malah pada janggut atau bulu mata (wallahua'lam la cemane..). tapi itulah, oleh sebab2 yang tertentu, maka rate of growth hair ni lain2 semuanya. hebat kan?

siapa yang buat semua tu? ALLAH swt.. hebat tak Allah? hebat.......


ok lah. sila sambung study atau kerja2 anda. lain kali kita fikir lagi pasal kehebatan Allah..



Saturday, April 17

Thank you

salam alayk~

berikut merupakan perbualan antara seorang hamba Allah dengan hamba Allah yang lain ketika menunggu iqamat...

Hamba 1 : saya ada soalan. nak tanya, generally lah kan, orang lelaki suka kat perempuan ni sebab apa?

Hamba 2 : huh?

hamba 1 : ok2.. macam ni lah, apa ciri perempuan yang selalunya orang lelaki suka?

hamba 2 : owh.. (berfikir sejenak) hmm.. generally ek? lelaki suka sebab perempuan tu cantik la kan?

hamba 1 : tepat sekali. ok. soalan nombor 2. kenapa orang suka atau sayang kat orang2 famous, macam artis ke, atlet ke, dato'2 ke.. kenapa?

hamba 2 : sebab diorang hebat?

hamba 1 : pandai la kau ni.. betul2. diorang hebat, jadi orang pun suka.. ok, last. kenapa orang sayang kat ibu bapa diorang?

hamba 2 : sebab ibu bapa tu banyak berjasa kat diorang lah kot.

hamba 1 : memang pandai la kau ni.. betul2. ok. jadi nya orang suka kat orang ni sebab diorang cantik, hebat dan berjasa, ye tak? perasan tak, sifat2 ni semua ada pada Allah? Allah maha cantik, maha hebat, maha berjasa. orang kalau hebat pun mesti kat satu tempat je kan? tapi Allah ni, hebat dalam segala-gala. cantik manusia ni, bila dah tua, hilang lah kan.. tapi cantik Allah ni kekal... ibu bapa tu berjasa, tapi Allah ni, lagi lah banyak jasa Dia.. betul tak? jadi kalau kita boleh sayang atau suka sangat kat orang sebab satu benda je, kenapa kita tak sayang Allah lebih lagi daripada tu? Allah lagi banyak benda yang Dia boleh dan telah buat kepada kita.. subhanallah..

hamba 2 : subhanallah.. betul2..

orang pun qamat. abeh cite..
"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails