the second outing with 'ahli usrah' (after the first one with abang naufal kat sunway). abang adam was planning to take us to malacca. by take, i mean go together as in one of us will also drive and read maps and got lost in the way together. but due to unforeseen circumstances, he changed his mind which is also the minds of ours. so we went to morib instead. no tentatives, no plans, just maps. and us. searched for a place to stay there and then, everything was spontaneous. how cool is that?
it was a wonderful trip. perhaps the most beneficial, the most significant, the most enjoyable, the most... (list go on and on..)..
learnt a lot, from 'outside' to the 'inside' stuff - you know what i mean. if you don't, just pretend you do. it won't bite.
thanks to all involved.
this is a video made by bro adam's friend. thanks a bunch too.
Jazakumullahu khairan bagi mereka yang baca dan juga comment on my previous post. Semoga kalian dapat lah something daripada post2 aku yang tidak seberapa nu ye...
OK. Nak sambung post yang lepas...
Bagaimana study kerana Allah sedangkan kita study tu sebab nak lulus test atau exam? untuk menjawab soalan ini, suka aku untuk refer balik ayat yang telah tersebut yakni 51:56. Tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah. Bukan itu sahaja, ada satu lagi tujuan kita dicipta di bumi ini: “ Dan (ingatlah) ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat, ‘ Aku hendak menjadikan khalifah di bumi’.... (hingga akhir ayat)” – (2:30) Itu lah satu lagi tugas kita. Sebagai khalifah. Apa tugas khalifah? “kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. .... (hingga akhir ayat)” – (3:110)
Clear ye? Tujuan kita ada dua; hamba dan khalifah. Generally dua-dua pun kerja kerana Allah betul? Sebagai hamba kita buat segala jenis ibadat yang bersesuaian dengan syariat, sebagai khalifah, kita basically ajak orang kepada Allah i.e. dakwah.
Ok.
Dakwah.
Jadi bagaimana? Kita habiskan masa untuk study, bila berdakwah? Disinilah kalau kita akan rugi kalau kita tak betulkan niat dan aim kita. Memang tak dapat dinafikan, kita study kerana wujudnya exam, exam pula untuk sambung belajar....bla3 semua, kerana nak capai cita2. insyaAllah tercapai lah cita2 kita kalau kita usaha. Tapi ingatkah hadis pertama daripada hadis 40 yang famous? Yang mana nabi s.a.w mengatakan ‘setiap amalan itu dengan niat. Jika kita niat kerana Allah dan rasul, maka untuk Allah dan rasul. Jika niat untuk dunia, maka akan dapat dunia.’ (begitulah maksudnya lebih kurang)Tapi dunia ni tak kekal. Suatu hari akan hancur. Kalau pun kita dapat dunia, apa yang kita hajatkan, apa yang kita cita2kan, suatu masa nanti akan hancur begitu sahaja, tidakkah rugi?
Maka bagaimana untuk tidak rugi? (hahahaha. Berapa kali dah aku pusing2 soalan sama...)
Aim utama kita nak jumpa Allah akhirat nanti. Nak menatap wajah-Nya. Nak masuk syurga. Nak masuk syurga ni bukan senang, ada benda2 yang kena buat. Haa, dua benda yang aku cakap tadi tu lah. Hamba dan khalifah. Sembah Allah dan dakwah. Jadi, pada pendapat aku (setelah mendapat ilham daripada seorang akh), kaitkan kerja kita kepada kedua2 kerja utama kita..
Nak jadi doctor? Boleh. Tak salah. Fardu kifayah siap. Fardu kifayah ni bukan nya kalau ada seorang dah cukup. Fardu kifayah ni akan terangkat jika dah cukup.... ‘kuota’. Selagi tak memenuhi keperluan ummat selagi tu sesuatu benda itu menjadi fardu kifayah. Contoh, pesakit ada 1000. Cukup ke doctor seorang? Tak cukup. Maka fardu kifayah masih tak terangkat. Kalau seorang doctor larat nak layan 10 pesakit, maka bila ada 100 doktor barulah habis fardu kifayah. Itu contoh lah. (tak silap aku lah. Kalau salah tolong betulkan ye..). ok. Berbalik kepada point. Nak jadi doctor tu jadilah. Apa salahnya niatkan nak guna kuasa sebagai doctor tu sebagai pembantu kerja dakwah? Doctor merupakan seorang yang berpengaruh. Tak percaya? Kalau korang sakit, korang jumpa doctor, doctor cakap apa2 pun korang ikut kan? Doctor kata makan ubat ni ni ni.. korang pun makan. Kalau dia kata jangan makan ni ni ni, korang tak makan. Maka doctor amat berpengaruh. Jadi, bukankah senang nak berdakwah kalau kita ada pengaruh? Maka, set kan dalam kepala, nak jadi doctor, sebab nak mudahkan kerja dakwah dan sebarkan islam. Itulah di katakan kerja untuk akhirat dan dunia sekaligus. insyaAllah kita dah penuhi satu tujuan hidup yakni sebagai khalifah. Dakwah ni pula bukan semestinya bagi ceramah macam kuliah maghrib mahupun seperti al-kuliyyah dan seangkatan dengannya. Kalau kita ajar orang sakit sembahyang duduk pun dah dakwah. Mengajak kepada Allah. Contoh yang lebih terror: nak bedah orang, before bagi bius suruh patient tu ingat Allah, zikir, selawat banyak2 ke.. mesti dia ikut punya. Dakwah dah tu. Dia baca dapat pahala kat dia dan kita insyaAllah. Mudah bukan? Maka dalam cita2 kita itu, niatkan lah nak tegakkan syariat dan syiar islam. insyaAllah diberkati dan dimudahkan segala urusan.
Kita backtrack. Nak jadi doctor kena dapat degree. Nak dapat degree kena masuk u. Nak masuk u kena exam pre-u. Nak exam kena study. Jadi, kalau kita punya aim utama, objektif jangka panjang, niat akhir kita kerana nak dakwah, nak penuhi tujuan hidup, maka insyaAllah segala benda yang on the way itu dikira sebagai pahala dan dikira lilallahi taala. Sebab nak sampai kat aim kita kena lalu jalan tu je, nak wat cemane kan? Pun begitu, tidak bermakna kita hanya study ketika on the way ni... kena jugak dakwah2 setakat termampu dan lebih sedikit. Allah tu jangan sekali-kali lupa. Sebenarnya study tu pun boleh jadi dakwah, given kita berjihad dalam study, yakni study sungguh sungguh sungguh. Dakwah secara perbuatan orang kata. Nanti orang kafir tengok.. pergh, rajin orang islam study ye.. mana tau kan? Huhu...
Jadi konklusinya, betulkan aim kita. Hiduplah untuk mati, jangan hidup untuk hidup. Eventually, kita akan kembali kepada Allah dan kita tak nak kembali dalam keadaan tak bawa apa2 untuk di tunjukkan kepada Allah bukan? Kita tak nak masuk neraka, ye tak? Kita nak masuk syurga. .. Wallahua’alam bissawab. Harap2 korang dapat lah sedikit sebanyak benda yang aku nak share ni, walaupun tak straight to the point dan macam banyak juga merapurapu. Hoho...
By the way, aku pass interview imu. Alhamdulillah. Satu kaki dah melangkah masuk. Tinggal nak exam a level je. Doakan kejayaan aku dan kawan2 ye kawan2.
Ali (bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar yang rajin. Sangat rajin. Assignment yang lecturer bagi hari ni, hari ni jugalah dia siapkan. Pantang ada masa free je, dia buka buku, buat revision. Sangat cemerlang orangnya. Sekarang dia sedang tekun belajar di satu institut persediaan ke luar Negara. Exam a level nya semakin hampir. Kalau pepatah orang putih kata, a stone’s throw je lagi. Ataupun just around the corner. Corner mana tak tahu lah tu. Tapi amat dekat. Dari itu, dia semakin rajin mengulang kaji pelajaran. Pagi petang siang malam asyik dengan buku sahaja.
Namun pada suatu hari di kala penat mengulang kaji pelajaran, dia didatangi seorang hamba Allah juga merangkap sahabatnya. Hamba Allah itu bertanya,
“ kenapa kau study sungguh2 sangat ni? “
Ali merenung wajah sahabatnya itu dengan dahi berkerut dan menjawab, “ mabuk ke mamai kau ni? Exam bukan minggu depan ke?”
“oh, kiranya study sebab exam lah ye? Kalau tak exam kau tak study lah?”
“........ entah lah. Ye lah kot.... kenapa?”
“kenapa kau ambil exam a level ni?”
“.................... sebab aku nak fly ke uk. Kau?”
“hurm. Lebih kurang lah. Kenapa kau nak fly? Sebab nak jadi doctor? Kenapa nak jadi doctor sebenarnya?”
Pernahkah korang terfikir soalan-soalan yang ditujukan kepada Ali di atas? Kadang-kadang, dalam kita sibuk berusaha mengejar impian, dalam sibuk kita belajar, ulang kaji sehingga lewat malam, sehinggalah segala jenis soalan pun kita dapat jawab dengan senang, kita terlupa satu soalan yang sangat mudah – apa tujuan kita buat semua tu? Apa matlamat kita? Apa objektif kita?
Bilamana soalan2 seperti ini gagal dijawab, maka hampeh lah segala usaha2 kita. Kita tak tahu pun kenapa kita penat2 usaha.
"Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu" (51:56)
Sebagai seorang muslim, haa, ini lah tujuan hidup kita. Dah boring dah dengar ya? Ayat ni juga lah yang selalu orang ulang. Tapi, adakah dengan boring dengar itu kita ambil pengajaran? Ataupun boring sekadar boring tanpa ada input? Adakah dengan orang ulang banyak2 kali itu kita punya aim kembali betul, ataupun ayat ini seolah-olah seperti ‘smart tag’ sahaja (bak kata seorang sahabat aku), yang mana berlalu dengan laju tanpa meninggalkan kesan yang significant?
Tujuan hidup kita ialah beribadah kepada Allah. Betul. Lepas tu, yang kita study penat2 ni ibadah ke? Ok, nawaitu lillahi taala. Tapi kalau takde exam, kita tak study. Maka tak boleh dinafikan kita study kerana exam. Pastu Allah tu letak mana? Kata study kerana Allah? Allah ni ikut exam ke, ada musim2? Tak. Lepas tu? Study berpanjangan lah, tak kira ada exam atau tak. Tapi apa yang kita study? Benda yang ada dalam syllabus kita saja kan? Kenapa yang tak masuk syllabus kita tak study? Sebab..... Ok lah, surrender. Study kerana exam. pastu kalau study kita kerana exam, berapa kerat dari hidup kita yang dikatakan untuk Allah itu kita spend untuk ibadat? Gagalkan kita memenuhi tujuan hidup??
Dah tu, macam mana yang dikatakan study kerana Allah?? ....
To be continued.........
P/s: bagi pembaca blog ini, jika korang adaidea yang nak share berkenaan mana2 soalan yang wujud dalam post ini, sila kemukakan. Sama2 kita share ilmu yang kita ada.. kalau aku ada masa, insyaAllah aku sambung post ni dengan jawapan aku sendiri.