Saturday, September 11

Hapkido Lagi




Yeah, more on hapkido. cant help it. these are pure awesomeness.
wish i could learn this martial art. 

Thursday, September 9

Ini dia post raya aku

Salam alayk

selamat hari raya aidilfitri - ya, semoga korang dapat menyambut hari raya pada tahun ini dengan selamat. selamat daripada hutang kepada taylor baju raya atau tokey kuih raya, selamat daripada kemalangan jalan raya, juga selamat daripada kemalangan yang diri sendiri yang cari (haah, aku bermaksud nak kata main mercun lah ni). dalam kita berhari raya, dalam kita makan tak kira masa, ingat lah juga kesihatan diri sendiri. makan yang terlampau banyak boleh membawa kepada obesity yang seterusnya boleh menjadi sebab kepada terbentuknya plague dalam saluran darah lalu menyebabkan penyakit jantung. sila berhenti makan apabila korang di ambang kekenyangan. jangan berhenti setelah perut terasa senak. ingat juga iman dan amal yang korang kumpul dan bina selama sebulan berpuasa di bulan ramadhan. jangan buang ke dalam longkang (jangan habiskan pahala amalan gitu je la maksud aku.. as in, jangan usaha buat dosa).



maaf zahir serta batin - maaf zahir bererti minta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan di depan muka yang menimbulkan rasa marah atau sedih atau tidak puas hati. manakalan maaf batin pula membawa maksud minta maaf atas segala ketidakpuasan hati yang berlaku yang mana disimpan dalam hati sahaja. maka maaf zahir dan batin merupakan gabungan kepada kedua-dua jenis minta maaf.
"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails