Sunday, August 14

post puasa tahun ini


Salam Alayk.

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah: 185)

Sebut sahaja Ramadhan tentu banyak perkara yang mula bermain di fikiran: puasa, tarawikh, sedekah, raya, bazaar, sahur, dan paling utama, makanan yang berbagai. Biasa. Bagi sesetengah orang pula, bulan Ramadhan adalah satu bulan yang dinanti-nanti kerana segala amalan yang dilakukan dalam bulan itu, Allah beri ganjaran berlipa-lipat ganda. Maka golongan ini akan banyak melakukan amalan-amalan sunat. Yang tidak pernah ke masjid, pada bulan Ramadhan lah rajin ke masjid dengan tidak semena-mena. Alhamdulillah. Baguslah kan?
Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”

(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

Tidak lupa juga kepada yang betul-betul menghayati bulan Ramadhan dengan mengingati dan ‘melibatkan’ diri dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan mulia ini ketika zaman Rasulullah SAW dulu. Perang badar, contohnya. Memikirkan nabi dan para sahabat suatu ketika dahulu berperang sewaktu berpuasa memberikan semangat kepada mereka untuk melakukan kerja-kerja harian. Untuk berjihad di bidang masing-masing. Ramadhan juga merupakan satu bulan yang mana di turunkan kitab suci al-Quran di dalamnya. Wujud juga golongan yang akan banyak membaca al-Quran sepanjang bulan ramadhan.

TAHUKAH ANDA, AL-QURAN DITURUNKAN DALAM BULAN RAMADHAN?
"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails