Sunday, September 4

Aku tak faham.

kenapa nak cakap segala aktiviti kat facebook? nak berak? nak makan? nak mandi? nak basuh baju? nak tidur? pergi je lah. nak report kat siapa? takde org tanya pun.

kenapa mesti beritahu segala jenis perasaan kat status facebook? emo? stress? sedih? happy? tak cukup kasih sayang ke? nak perhatian orang ramai? kalau happy takpe lah nak share. kalau sedih atau emo luahkan lah kat orang yang sudi dengar. kalau takde, luahkan secara kreatif, yang boleh lah jugak 'benefit' orang awam. (macam aku, post lagu banyak2, boleh laa jugak org dengar lagu2 best. haha)

kenapa mesti tunjuk gambar kau dengan 'pakwe/makwe' yang sangat 'sweet' banyak2, lepas tu siap berinteraksi secara meloyakannya di tempat orang awam boleh melihat? jijik lah. aku rasa married couple pun tak buat macam tu.

sape nak fire aku balik, fire lah. aku tahu wing chun.
"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails