Saturday, August 14

Puding Gula Hangus

Salam ramadhan ~
resepi yang ditulis ni resepi asal, tapi yang telah dibuat adalah dengan menggunakan scale factor 1/2. kalau korang rasa nak buat banyak, maka doublekan lah everything. kot mana2 pun, nisbah setiap ingredient perlu fixed.

Bahan2 :

A - 
10 biji telur
3/4 cup gula
1 tin susu cair ideal 
1 cup air suam 

1/2 cup gula 




Cara2 :


mix bahan A together menggunakan egg beater sampai gula hancur dan segalanya bersatu hati. haa, bila dah siap, put aside.













sediakan steamer.

hanguskan gula di dalam satu loyang sehingga gula bertukar kepada warna yang dicari, yakni brown2 sket. stirr constantly over small api, sebab gula cepat hangit. jangan sampai hangit lah. tak best pulak.














letak loyang yang berisi gula hangus ini di dalam steamer, kemudian tuangkan bahan2 A yang telah di mixed together tadi.


tutup bekas steamer. kukus sampai masak. dalam 20 minit gitu korang jenguk2lah kuih tu. bila dah jadi solid dan nampak macam kuih yang korang nampak di bazar ramadhan tu, haa ye lah tu. dah masak lah tu.
angkat beliau dan leave to cool at room temperature.

terbalikkan loyang di atas satu pinggan. dengan ini, segala isi loyang tersebut iaitu kuih korang akan diterbalikkan ke dalam pinggan.

hidang.

baca doa makan.

makan.

baca doa lepas makan.

basuh pinggan.

4 comments:

huda said...

nak2!!!!!

Amirul said...

nak ke? manis nih.

Syariful Bahri said...

aku nak jugak..
tolong buatkan bila datang sini..
hehe :D

Amirul said...

ahaa.. aku tulis dh kan resepi nih. selamat mencuba ~~ haha

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails