Saturday, January 29

Dua hadis untuk hari ini

“Daripada Anas r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah S.W.T. telah berfirman (dalam hadis qudsi): “Hai anak Adam! Selama engkau masih berdoa dan berharap kepadaKu, Aku mengampuni bagimu akan segala dosa yang ada padamu dan aku tidak peduli (walaupun dosa itu banyak sekali). Hai anak Adam! Jikalau seandainya dosamu itu sampai ke atas awan yang ada di langit, kemudian kamu datang mengharapkan keampunan daripadaKu nescaya Aku berikan keampunan kepadamu. Hai anak Adam! Sesungguhnya jikalau engkau datang kepadaku membawa dosa sepenuh bumi ini, kemudian engkau datang menemui Aku padahal engkau tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan datangkan kepadamu sepenuh bumi pula keampuanan.” (Hadith Riwayat Tirmidhi).


 Imam al- Ghazali telah menulis di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulum al-Din, antaranya: Telah berkata Hudhayfa: “Saya selalu berkata kasar terhadap keluargaku, jadi saya berkata kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, saya takut lidah saya akan membawa ku ke neraka.” Berkata Nabi yang mulia: “Bagaimana jika kamu meminta ampun? Saya memohon keampunan Tuhan 100 kali setiap hari. ”‘Seorang lelaki yang tidak pernah melakukan kebaikan melihat ke langit dan berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai Tuhan. Wahai Tuhan, ampunilah aku!” dan Tuhan ‘Azza wa Jalla berkata: “Aku sudah terlebih dahulu memaafkannya.” “Sekiranya seorang lelaki melakukan dosa, tetapi mengetahui bahawa Tuhan melihatnya, di akan mendapat keampunan walaupun tidak memohonnya.” (Hadith Riwayat Tabarani).

No comments:

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails