Salam alayk.
*baca balik tajuk diatas sebagai ayat pembuka tirai post aku kali ini*
dua minggu lagi exam eos. eos itu merupakan singkatan yang digunakan di imu. iaitu end of semester. imu itu juga merupakan singkatan bagi nama universiti. international medical university. eos kat imu ni ada 3 kali. eos2, setelah habis sem 2, eos 3 selepas sem 3 dan eos 5 selepas sem 5. eos merupakan exam professional di imu. kat mana ntah professional nya. aku pun tak tahu. dari itu, eos 2 secara automatik nya menjadi exam professional yang pertama bagi aku. ia akan cover sem 1 dan sem 2 punya silibus. bunyi macam ok je kan. tapi sumpah banyak nak mati. dengan microb nya lagi, parasite2 semua. dah la nama pelik2. nak hafal. Strongyloides stercoralis lah, Ascaris lumbricoides lah. cacing kerawit je padahal pun. pastu ubat2 pun nak jugak nama pelik2. neostigmine lah, benztropine lah. tak boleh ke bagi nama senang nak ingat? ubat migraine. bagilah nama, ubat migraine 1, ubat migraine 2. heee. gere aku.
anyway. aku tengah stress sebenarnya nih. haha. masih ada dua minggu. dah tahu benda banyak, study ah kan. dok tulis blog buat apa. oh well, what to do. ko kena rasa dulu cane jadi aku baru ko tahu cane aku rasa.