Sunday, May 17

Drowning lesson

huu.. hari ini cuti habis-dah-sem-nie sudah bermula. semalam lagi bermula sebenarnya, tapi biarlah saya nak kata bermula hari ini. pun begitu, saya masih tidak balik ke rumah kerana tiket yang ditempah pada awal2 sem 2 ini bertarikh 18 may 2009. justeru, saya tingallah di cendana dan enjoy sisa2 masa di sini kerana pada sem depan saya akan berpindah ke cemara pula. seperti biasa, saya akan boring apabila tidak berbuat apa2, apatah lagi terperap dalam rumah sahaja. sudah plan untuk keluar dengan seorang ni, tapi dia cancel last minute, menyebabkan hati saya amat lah pedih dan sakit akibat jatuh berderai. bukan sebab dia tak nak keluar, tapi sebab dia cakap last minute. kalau taknak cakap lah awal2, tak perlu memberi harapan palsu kepada orang dan kemudian hancurkan hati orang pula. heh. internet pula menunjukkan kebengongan yang teramat pada waktu pagi, menambahkan lagi kesakitan hati saya. memang rasa nak buat ong bak kat orang je. mujurlah pada waktu petang, fuad ajak berenang. di sinilah cerita bermula....

kami bertolak ke kolam renang tepi tesco shah alam pada jam 2.30 ptg, naik bas rapid kl, sudah tentu. setibanya disana, fuad membeli tiket untuk masuk ke kolam renang. ya, saya tidak tahu berenang. maka pada hari ini saya belajar berenang daripada fuad, yang tahu berenang sikit2 sahaja. saya bukan lah tidak tahu berenang langsung, tapi tidak pandai berenang di permukaan. berenang dalam2 macam skuba diving tu boleh la juga. arakian saya pun belajar untuk kayuh kaki dan meluncur dulu. kemudian baru masuk kepada tangan. oh ya, di sana ada dua kolam, satu terbuka iaitu yang terdedah kepada sinar matahari, satu lagi yang tertutup yakni yang macam dalam stadium. kami mula terjun ke dalam kolam yang terbuka dahulu untuk warm up la konon2 nya. air tidak dalam, hanya paras diaphragm saya sahaja. oleh yang demikian, pelajran menjadi mudah. pada jam 4 petang, kami masuk ke dalam untuk terjun ke dalam kolam tertutup.

kolam tertutup itu sesungguhnya amat sejuk, kerana tiada pancaran matahari yang membawa haba kepada air. dan kolam itu amatlah dalam. kalau saya tidak berpaut di tepi kolam, nescaya saya tenggelam dan dalam keadaan saya tenggelam itu, walaupun saya mengangkat kedua0dua belah tangan ke atas, tangan saya tidak keluar daripada air. hal ini menunjukkan betapa dalamnya kolam renang tersebut. di sini saya belajar untuk terapung - susah gila. dan seperti kolam2 renang untuk pertandingan olimpik, ada tali2 yang berwarna merah dan biru dan putih di atas air. apa benda entah. saya tidak tahu nama saintifiknya. tapi saya suka memanggil benda itu sebagai tali. setelah beberapa kali saya belajar terapung, saya pun berhajat untuk mencecah tali tersebut, atas cadangan fuad juga. saya pun dengan tidak yakin surf dalam air kesana. senang sahaja. dari situ timbullah yakin. saya berpaut pada tali itu. dan belajar lagi untuk terapung. kemudian saya berenang balik ke tepian. air sejuk, saya sudah mula menggigil. sekali lagi saya pergi ke tali itu. dan kali ini, tali itu di paut oleh orang lain juga di hujung kolam, menyebabkan sebahagian besar sudah berada di dalam air. hal ini bermakna tali itu tidak lagi dapat membantu saya untuk terus berada di permukaan air. sudah beberapa kali tenggelam timbul juga. saya pun bertekad untuk berenang ke tepian semula setelah terasa amat susah untuk bernafas dalam keadaan tenggelam timbul. tambahan pula saya ini seorang manusia yang menghidap penyakit asma a.k.a lelah. capacity peparu saya tidak mencecah ratusan GB seperti orang lain. saya pun tarik nafas sedalam mungkin dalam keadaan tercungap2 dan mula berenang dalam air. pada ketika itu, saya telah berenang, tapi tidak maju kehadapan. kalau ada pun hanyalah sedikit. saya sudah panik. air dalam, saya x cukup nafas. saya cuba mengangkat kepala untuk bernafas sedikit kemudian masuk ke dalam air semula seperti perenang2 professional lakukan, tetapi hasilnya amatlah ciput. sejurus kepala saya masuk kedalam air, saya tidak dapat tahan nafas lagi maka saya dengan automatik menghembus nafas dan tertarik nafas dalam air. air masuklah ke dalam hidung saya. saya terfikir bahawa saya akan lemas. tetapi say melawan balik fikiran itu dan memberitahu diri sendiri bahawa saya perlu sampai ke tepi. saya mampu melakukannya!

dan saya pun selamat sampai ke tepi. saya dengan lajunya mengangkat diri sendiri keluar dari kolam renang itu dan menarik nafas sedalam mungkin. fuad memberitahu saya bahawa muka saya sudah biru. haha.. ya, saya sudah pucat. tapi saya selamat sebab ada determination untuk tidak lemas. malu la wey kalau lemas dalam kolam renang! budak2 kecik kat situ semua pun pandai berenang. hahaha...

3 comments:

najihah iman said...

salam singgah~

huhu..tahniah krn upgrade ur drowning level..
pg broken heart..ptg sengih gembira..
ok la tu...

p/s: slmt bcuti pnjg!

AiN said...

ho3...
ko ade asma?aku xtau pun..
ko tiru aku lg!haiz..ape nk jd ni mirul..
adakan sume quality diri ko ni palsu semata2? xder yg original ke?
hahaha...
i noe da feeling..
aku pernah nk lemas kt 1 air terjun ni..ko ok lg kt pool..
sbb tu la ko kena blaja berenang!
we will never noe wat will happen in da future kn?
sooo..gud luck darl~ =)

Amirul said...

-> ain: aku lahir dulu ye cik ain.. so, cemane2 pon ko jgak yg tiru aku.. end of story. haha

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails