Saturday, June 27

Nak beli kereta...

sebermula maka tersebutlah seorang lelaki yang baru sahaja mendapat kerja halal yang agak mewah. gaji sebulan dalam beberapa ribu ringgit jua. adapun lelaki ini diberi nama mat, oleh penulis cerita. mat baru sahaja tamat pengajian beberapa bulan, dan kini alhamdulillah dia mendapat kerja yang spesifiknya biarkanlah penulis sahaja manusia yang tahu.

untuk dijadikan cerita, mat merupakan seorang yang tersusun hidupnya. dia telah merancang perjalanan hidupnya sejak berusia 13 tahun lagi. " 26 gred, keje staun, beli kereta, pstu dalam umur 28 tu kawen, 29 anak sorang....eh, kawen dulu la..eh.." fikir mat di dalam hatinya ketika cikgu sejarah dia membebel di dalam kelas. jadi sekarang, setahun telah berlalu sejak mat mendapat kerjanya yang tetap. mengikut perancangan, tibalah masa nya untuk membeli sebuah kereta....atau pun kahwin.

maka mat pun memulakanlah pencarian kereta idaman nya. banyak kedai telah dia lawati, tetapi satu pun tidak memikat hati. sehinggalah dia tiba di satu kedai menjual kereta second hand dan terlihat sebuah kereta proton satria neo bewarna silver. harganya dalam berpuluh2 ribu juga. tapi masih dikira berpatutan. hati mat terpikat dengan ke'mantap'an kereta itu. dari itu, dia berniat untuk membeli kereta tempatan idaman nya tersebut.

namun begitu, pada masa yang sama, mat terlihat seorang awek yang merupakan..er.. salesgirl la senang cerita, di kedai kereta itu. hatinya juga turut terpikat pada ke'mantap'an wanita tersebut. hal ini menyebabkan mat berada dalam dilemma. perempuan ke...kereta ke..?

mat menjadi frustrated memikirkan hal ini. balik ke rumah, dia melakukan rutin hariannya seperti biasa. mandi, makan, berak....dan sebagainya. alah, macam biasa lah, need i explain more? cuma satu sahaja aktiviti yang tidak dapat dilakukan seperti biasa, yakni tidur. hal ini demikian kerana dia tidak dapat tidur lena. justeru, dengkuran dia tidak kedengaran oleh orang sebelah. walaupun perkara ini mungkin baik bagi segelintir masyarakat, namun ia bukanlah merupakan suatu perkara yang baik bagi mat. setiap malam, pasti dia termimpi2 dua pujaan hatinya itu. proton satria vs awek salesgirl.

tetapi alhamdulillah, Allah telah membantu dia. pada suatu malam jumaat, ketika mat membelek2 saluran televisyen, satu rancangan bernama halaqah telah menarik perhatian mat. tajuk perbincangan malam itu ialah "kahwin dulu". dari rancangan inilah mat dapat membuat keputusan. menurut salah seorang ahli panel, iaitu yang berbahagia ust badlishah alaudin: "nak kahwin kena ada 3 kunci. kunci pertama, kunci rumah. kedua, kunci kereta. ketiga, kunci pejabat". literally means, kalau kita mahu berkahwin, seelok-eloknya ada lah rumah untuk didiami kita dan isteri, ada transport dan kerja untuk menampung anak orang tu. jadi, memandangkan mat kekurangan satu kunci iaitu kunci kereta, maka dia telah membuat keputusan untuk membeli kereta dahulu sebelum 'membeli' salesgirl berkenaan.

bertukarlah mat daripada seorang yang sedang-sedang kepada seorang yang rajin gila-gila. gara-gara hendak memiliki sebuah kereta, mat bekerja overtime, part time, new straits time, time square, dan bermacam-macam lagi. ye lah, bak kata nenek mat, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. di mana ada jalan, di situ ada eksiden. mat bercita-cita untuk membeli kereta itu dengan membayar secara cash.

setelah genap beberapa purnama, masa yang ditunggu-tunggu mat telah tiba. hatta, dengan gembira dan excited nya mat berjalan ke kedai tersebut, wallet nya tebal berisi dui kertas beberapa puluh ribu. kemudian dia berjumpa lah dengan salesgirl yang di cop kan sebagai bakal isterinya itu.

"ya, encik, boleh saya bantu?" tegur salesgirl itu sopan.
"err.. saya.. err.. nak beli kereta ni lah.." jawab mat gugup. jantungnya berdegup kencang sekali.
"owh, boleh2.. bla3..." explain gadis itu kepada mat tentang ciri2 kereta tersebut yang di akhiri dengan harga sebenar kereta itu.

mat mengeluarkan duit dari wallet nya yang gemuk. tangannya agak terketar2, masih tersipu2 berhadapan dengan awek itu tadi. kira punya kira, last2 skali.. ya Allah! tak cukup seringgit!!! aarghh!!!!

muka mat mula cemas dan agak kebengangan. ada ke patut? seringgit??

hajat hati mat mahu sahaja negotiate dengan awek itu untuk turunkan harga, tetapi, ego punya pasal, mat batalkan niat itu. terfikir pula untuk meminjam duit awek tu seringgit. huih, lagi la teruk. malu sial, pinjam duit awek tu kot.

"alamak ai, kejap ye, nk withdraw duit lagi sikit, kereta ni saya cop ni," mat cuba melawak dengan gaya cool walaupun nampak macam fool. awek itu menutup mulutnya menahan gelak. ayu la pulak jadinya. iman mat tergugat sekejap.

"ish, fokus!! kereta!! duit2!!" mat bermonolog seraya bergegas keluar.

tetapi malangnya, di sekitar itu tiada bank islam ataupun cimb mahupun maybank. mesin atm automatiknya tiada la juga. mat mula menghadapi simptom2 major depression. hati berkecai seperti kaca terhempas ke batu lalu di lenyek2 dengan bulldozer. mat hampir menangis. kerana seringgit, hajat nya untuk membeli kereta terbantut.

tiba-tiba, mat terlihat seorang pakcik peminta sedekah di tepi jejantas. aha.. satu bulb lampu pendaflour keluar secara ilusi nya dari kepala mat. dia mempunyai satu idea.

mat berlari-lari anak ke arah pakcik itu, hatinya melonjak2 keriangan kerana harapan nya masih cerah.

"assalamualaikum pakcik. err.. pakcik2.. ada seringgit tak? saya nak pinjam. esok saya bayar balik," kata mat dengan penuh sopan santun, walaupun perkataannya di ucapkan terlalu laju.

"waalaikumussalam.. awak nak buat apa seringgit? belum pernah orang minta duit dengan peminta sedekah," jawab pakcik itu gaya lemah. ye lah, takkan nak minta sedekah bersemangat pula. kantoi la.

"saya nak beli kereta," jawab mat ringkas, membiarkan keterangan pakcik itu tadi.

pakcik itu dengan pantas menyeluk sakunya dan menghulurkan dua keping wang seringgit seraya berkata, "beli kat pakcik satu ye?"

1 comment:

Nadira Ahmad Termizi said...

hahahahahahaha :P

I can't stop laughing!!!!

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails