Salam..
alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana semalam rezeki amat murah sekali. mula2 ada orang bagi durian. lepas tu dapat ikan tenggiri pula seekor. walaupun bukan untuk saya tetapi untuk bapa saya, ye lah kan, saya pun dapat merasa juga. untuk itu saya bersyukur sangat2.
hari ni nak cerita pasal ikan tenggiri tu lah. subhanallah, belum pernah saya lihat ikan sebesar itu secara live. selalunya tengok dalam tv, takpun dalam surat khabar. tetapi semalam, hah, seekor ikan yg besar dan berat. huu.. dan saya berpeluang untuk menyiang ikan itu. best. guna parang yang besar dan tajam, pastu letak shj pada ikan tu dah ada kesan. hiris sedikit sahaja dah terbelah banyak. gembira betul lah. excited. memandangkan excited tu semalam, hari ini saya post gamba je lah.
No comments:
Post a Comment