Friday, June 19

Nasik Ayam saya..

Salam.
ya, inilah post pertama untuk categori masak memasak. untuk intro tentang latar belakang memasak, lain kali sajalah saya buat post baru. pada hari ini saya ingin berkongsi ilmu tentang satu resipi yang baru saja saya pelajari hari ini, iaitu seperti yang tertera di atas. nasi ayam lah.

Bahan2 yang diperlukan (baca: anda tentukan sukatan dia sendiri mengikut kehendak anda, ini yang saya masak tadi saja):
  1. ayam seekor belah 4.
  2. bawang2an. (bawang putih 3 ulas, merah 2) - bahan B(dihiris halus)
  3. halia sedikit. - Bahan B juga, maka dihiris halus juga
  4. cinnamon sedikit. - Bahan A
  5. bunga cengkih 2 batang. - Bahan A
  6. bunga lawang 1 - Bahan A
  7. buah pelaga 3 biji- Bahan A









Cara2 memasak:
  1. letak periuk yang besar mengikut sukatan masakan anda di atas stove. pasang api. letakkan sedikit marjerin sebagai pengganti minyak.
  2. masukkan bahan2 A ke dalam periuk dahulu, diikuti bahan2 B. tumis sehingga anda terhidu satu aroma yang best.
  3. angkat periuk tersebut dan masukkan air sehingga 3/4 penuh. masukkan ayam kemudian letakkan kemabali atas stove. masukkan daun sup. tambah garam secukup rasa. haa.. tunggu la sampai ayam tu masak. untuk mengetahui sama ada ayam tersebut sudah masak atau belum, sila lihat urat pada paha ayam tersebut(bukan ditempat yang banyak isi, tetapi yang dekat dengan lutut). sekiranya urat telah putus, maka ayam itu ternyata telah masak.
  4. sementara itu, rendam la salad dan tomato di dalam air garam untuk membuang chemical2 yang mungkin ada pada sayuran tersebut. anda juga sudah boleh menyediakan beras untuk dimasak.
  5. scoop beras mengikut keperluan pemakanan. basuh. (tips daripada ibu: baca ya wadud ketika membasuh beras, insyaAllah dengan rahmat Allah dan berkat zikir asma ul husna itu, orang yang memakan masakan kita itu akan menyayangi kita.) cara membasuh beras pada pendapat saya sudah diketahui semua. jadi tidak perlulah saya mengajarnya juga.
  6. sesudah anda berpuas hati dengan basuhan beras tersebut. masukkan air dalam rice cooker mengikut standard sukatan beras yang anda gunakan. cara yang sama untuk memasak nasi lah. setelah mendapat sukatan air yang bersesuaian untuk memasak nasi dengan sempurna, tuangkan air tersebut kedalam satu bekas, untuk mengetahui sukatan air. jika anda ingin menggunakan beaker pun boleh, lagi senang anda mengambil bacaan air. setelah mengetahui anggaran volume air yang digunakan, curahkan air tersebut ke dalam sink. kita tidak ingin menggunakan air tersebut untuk memasak nasi.
  7. kembali kepada sup ayam anda. apabila ayam sudah masak, tutuplah api. ambil sup ayam ini mengikut sukatan air yang anda perlukan untuk memasak nasi. faham ke? kemudian masukkan sup ini kedalam rice cooker. jadi makna nya instead of air paip, kita akan menggunakan sup ayam untuk memasak nasi. selepas itu, masaklah nasi cara biasa.
  8. keluarkan ayam dari sup satu persatu, make sure anda tos kan dulu ayam tersebut. letakkan di dalm satu bekas yang kering.
  9. lumurkan kicap manis cap adabi(atau sebarang cap sekali pun) pada ayam tersebut - kita akan marinate ayam ini dengan kicap manis. tinggalkan beberapa minit. sementara menunggu, anda bolehlah mengeluarkan timun daripada peti sejuk,kupas kulitnya kemudian basuh. (tips lagi: nak basuh apa2 sekali pun, jangan lupa SELAWAT). basuh juga tomato dan salad tadi satu persatu, kemudian toskan. susun salad diatas pinggan, hiris timun dan tomato dan susun mengikut kreativiti masing2 bersama2 salad.
  10. ayam anda sudah sepatutnya bertukar warna (white to black) sekarang. panaskan kuali dengan minyak, goreng ayam tersebut sehingga garing. tidak perlulah lama kerana ayam2 ini sudah pun masak.
  11. setelah sudah, potong ayam menjadi bahagian2 yang kecil dan boleh dimakan dengan senang.
  12. hidang dan makan.
sos kicap yang terdapat dalam gambar ini merupakan sos kicap pedas secret recipe ibu saya(sebab itulah tiada sos berwarna merah). beliau masih belum menurukan ilmu itu kepada saya. hohoho...

sekian terima kasih. selamat mencuba~

nota kaki: jika anda ingin mencuba makan sahaja, tetapi tidak ingin cuba memasak, jemput lah ke rumah. huhu..

6 comments:

liyana said...

aku!!
aku nak cuba makan je
x nak masak

cikempatbelas said...

wah??
btol ke ko yg masak nih?
ke ko tolong tgk org masak?
keh3..

AiN said...

aku x sngka ko pandai memasak...
kalu cmtu xpyh la aku blanje ek..
ko bleh je msak sendiri..
he3 ;)

Anonymous said...

nak!! buat la untuk ana satu..

Amirul said...

liyana : haha.. sila dtg umah. nk alamat mntk ngan ak laen kali. hoho

4teen: ish.. ak masak, bawah supervision mak aku. huhu.. tau r ko wat air sedap. ngee..

ain: eh. yg nk blanje tu ko sniri da nazar. ak x suruh pon. so kena la jgak. hoho..

abg naufal: satu ape? haha.. dtg r raye kt umah. hak2..

sisfas said...

salam wah hebat :)

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails