Monday, June 15

Pangkat ke Duit?

Salam alayk.
alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurniaNya, kita dapat menikmati segala nikmat yg Allah berikan kepada kita. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita, rasulullah s.a.w. (ayat skema intro)

Merujuk tajuk di atas, apakah yg kalian fikirkan? seandainya kalian ada dua pilihan. konon-kononnya raja nak bagi antara dua tu la. yang mana menjadi pilihan? pangkat ke duit sejuta ringgit? hmmm......

kalau dapat duit sejuta ringgit, macam2 boleh buat, macam boleh beli. jd jutawan. masuk list orang terkaya di malaysia. best kan? kalau dapat pangkat? boleh buat semua tu? tak boleh. betul x?

tapi, fikir balik. kalau ada pangkat diraja, maknanya kita ni dekat dengan raja la juge, kan3? so, terasa mulia la sikit. duit tu comes later. of course. takkan orang dapat pangkat diraja ni miskin pula. sungguh tidak logik. jadi, pangkat itu lebih tinggi dan lebih penting daripada duit. adakah begitu?

YA!

pangkat itu lebih tinggi daripada duit. maka pilihlah pangkat kalau ditawarkan. oke, selesai lah sesi intro untuk post saya pada hari ini. marilah kita masuk kepada isi.

kalau pangkat disisi raja itu mulia, begitulah juga pangkat disisi Allah swt. malah berjuta2 kali ganda lebih mulia kalau pangkat atau darjat di sisi Allah. kalau dapat darjat yang tinggi daripada Allah, pahala tu tidak lagi menjadi isu, bukan begitu? dan darjat disisi Allah ini bukan dikira dengan pangkat yang kita dapat di dunia, bukan pada title Dr., Ir., Ar., Dato' dan sebagainya. tetapi berdasarkan iman dan takwa kita kepada Allah. oleh sebab darjat di sisi Allah ini lebih penting daripada pahala, usahakanlah menaikkan pangkat di sisi Allah. bagaimana? banyak caranya, tinggikan amal soleh. kita sudah tentu biasa mendengar hadis tentang pergi ke masjid. sesiapa berjalan ke masjid, setiap dua langkah itu akan dihapuskan dosa dan dinaikkan darjat. begitulah lebih kurang, insyaAllah.

antara cara yang lain ialah bersabar apabila ditimpa musibah.

-to be continued-
"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails