salam aidhiladha untuk semua muslimin muslimat yang dirahmati Allah swt sekalian. raya haji datang lagi! pada tahun ini, untunglah para jemaah haji kerana mendapat haji akbar yang jarang berlaku. bagaimana sambutan kalian semua? alhamdulillah, saya punya raya haji tahun ini amat menarik. ahaks~
alkisah maka tersebutlah kisah di pagi raya sekalian manusia keluar solat sunat aidiladha di masjid secara berjamaah. setelah sudah, kami sekeluarga pulanglah ke kampung untuk melibatkan diri dalam upacara korban. tahun ini, keluarga ayah saya beli 2 ekor lembu untuk dijadikan korban. ayah saya beli satu bahagian, 6 lagi wallahualam. seekor lagi dibeli oleh mak cik saya untuk anak beranak dia 7 bahagian.
seperti tahun2 yang sudah, saya dan sepupu saya wajib memegang parang, walaupun kegunaan parang tersebut, apabila berada di tangan kami, akan berkurang. pun begitu, tahun ini kami telah menebas, mencantas, memotong, slash pelepah2 kelapa untuk dijadikan alas ataupun tikar untuk tujuan memotong daging.
alhamdulillah, lembu pertama berjaya disembelih dengan amannya. lembu ini tidak seperti lembu2 yang dikorbankan pada tahun2 lepas. saya masih ingat lembu tahun lepas setelah disembelih, ia menggelepar, menghentak-hentakkan kepalanya ke lantai (tanah berumput) beberapa kali, menyemburkan banyak darah. begitulah seksanya sakaratulmaut. itu binatang, tiada akal, tiada dosa. kalau kita yang banyak dosa ni pula bagaimana ya, agak2nya??
tetapi lembu pada tahun ini meninggal dunia dengan tenang~
seterusnya, bergerak pula untuk menyembelih lembu kedua sambil menunggu lembu pertama untuk mati sepenuhnya supaya kulitnya dapat dilapah dan dagingnya dapat dipotong dan dibahagi2kan. namun, perkara yang tidak dijangka telah berlaku. lembu itu terlepas lalu lari. barulah kami sedar kesilapan yang telah dilakukan - rakannya telah disembelih di hadapan mata kepala dia. trauma la pulak lembu seekor lagi tu.
tapi nasib baik, alhamdulillah, cuaca agak baik. tidak hujan dan tidak pula panas terik. apa lagi, kalut la tadi. mujurlah lembu tu tidak lari mengikut jalan kampung. kalau tidak... huih.. memang kena kejar naik motosikal la jawabnya.. lembu tu lari masuk ke sawah yang ada pagar2.. belakang rumah mak saudara saya. setelah berhempas pulas oleh kumpulan expert dalam bab2 lembu, maka lembu itu berjaya dijinakkan kembali.. dan disembelih.... tetapi tempatnya macam agak jauh.
huhu.. itu je la cite menarik. yang lain semua macam biasa..... huhu...
5 comments:
huhuhu...
besh lew kirenyew???
huhuh...
selamat hari raya haji!!!
menarik ke tu? :P
abg umar : xde la besh sgt part lmbu tlepas. best part tebas2... maen golok n parang. hahaha.... selamat raya haji..
huda : ye lah, hidup sy kn boring,dull. bnda2 cenggitu pon da menarik. x mcm awk.. hidup dipenuhi warna-warni..
awk je kot yg pilih tuk hidup dlm suasana yg dull?
salam eid adha~
part lembu lari tu mmg best..=D
nasib x lari jauh2...
p.s : jgn make dging bnyk sgt!
Post a Comment