Sunday, December 6

Tragedy KB Mall

Salam alayk.

ketika sedang makan malam, adik saya memberitahu kami sekeluarga, "kbmall runtuh,". berita itu diperoleh daripada seorang kawannya.

respon saya? "runtuh cemane la sangat" yelah kan, manusia, terutama sekali golongan remaja, suka membesarkan cerita yang kecil.

namun begitu, respon awal saya lenyap sebentar tadi apabila saya on ym saya. boleh dikatakan semua orang kelantan dalam list saya membicarakan tentang ini. berita asalnya saya tidak tahu. tetapi melalui gambar2 yang saya lihat, kemalangan itu amat teruk.

untuk keterangan lanjut, serta gambar2 tragedi, sila klik sini. (tolong lah klik. untuk kebaikan kita semua)

pengajaran yang saya mahu kongsi, satu ayat cliche, tapi bermakna : malang tidak berbau. ajal dan bahaya ini bukan sahaja di tempat yang tidak selamat. di mana2 sahaja ada. orang mati bukan sebab tua semata2, ataupun mati disebabkan penyakit aids, sakit jantung, mahupun selsema babi semata2, sedang berjalan dan bersuka ria juga boleh mati. ajal datang tidak beri warning. kita perlu sentiasa beringat dan berhati2. dan yang paling penting, perlu bersedia. tanya diri sendiri sekarang - aku dah sedia untuk mati ke?

jika jawapan anda ialah belum, hah.. bila nk sedia? manakala jika jawapan anda ialah ya, maka tahniah saya ucapkan. pun begitu, jangan hentikan usaha persediaan kita. lebih banyak bekalan yang dibawa lebih bagus.

maka, sentiasalah berhati2. bukan sahaja di jalan raya, ketika berjalan pun perlu berhati2. khas untuk pengguna jalan raya: jangan sangka anda memandu kereta dengan perlahan anda sentiasa selamat daripada kemalangan, mungkin akan ada lori dari hadapan yang merempuh anda. nauzubillah. (figuratively, bawak la laju2 pun. x hal nye.. sbb org bawak slow pon leh mati jgak. hahaha...)


wassalam..

4 comments:

GhOsToNe said...

Ya Allah....

Innalillah....

Hamra said...

tetarik dgn ayat yg nk sama dgn status ym sy mula2 dpt berita ni td. "bahaya dan ajal bkn hnya di tmpt x selamat"

atau lbh sedap sket: "kecelakaan dan ajal bkn hnya di tmpt bahaya"

yeah, that's the precious lesson we should learn. Kematian adlh peringatan yg terbaik.

Sesungguhnya hanya orang-orang yang berakallah yang dapat memahaminya”, Az Zumar, 9.

armouris said...

elak kemalangan, jangan SMS ketika memandu! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)

a.N.A said...

salam alayk...
erm... same2lah beringat.... ape pun takziah wat keluarga mangsa... al fatihah...

btw... asal brite kat dlm'klik di sini' tu len daripada bgerita kat tv..... hush.. pelik2

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails