Tuesday, February 16

Cerita Kambing dan Singa

Sebermula maka tersebutlah kisah seorang pengembala kambing....

pengembala ini sentiasa membawa kambing2 nya berjalan di padang rumput untuk makan. pada suatu hari, entah bagaimana, ketika berjalan dan membawa kambing2 nya berjalan pulang ke rumah masing2 (rumah pengembala dan kandang kambing), si pengembala ni terjumpa seekor baby singa yang amat comel. singa itu keseorangan. keseekoran.
"anak yatim agaknya.." fikir si pengembala itu. sedih. simpati. lalu dia pun membawa singa itu pulang ke rumah nya untuk dibela.

sesampai di rumah, baru dia sedari bahawa di rumahnya tiada kandan singa. lalu dia pun meletakkan singa tersebut di kandang kambing bersama2 para kambing.

okay, kita abaikan pengembala, teruskan cerita singa dan kambing.

maka singa itu pun dibesarkan oleh para kambing. di ajar makan rumput, diajar mengembek dan segala2nya yang perlu diketahui oleh seekor kambing.

hari demi hari berlalu, singa itu dibesarkan sebagai seekor kambing dengan jayanya oleh para kambing. sampai lah suatu ketika, singa itu meningkat remaja. sudah akhil baligh. amnya, pada umur singa itu, kambing2 lain sudah mula tumbuh tanduk. tetapi lain pula halnya dengan kambing tiruan yakni singa tersebut. dia tiada tanduk. hal ini menyebabkan singa tersebut bersedih. para remaja kambing yang lain semuanya diajar skill2 sparring menggunakan tanduk. apabila singa itu disuruh sparring dengan salah abang tirinya, dia pasti kalah. ye la. mana aci, yang tu ada tanduk, dia takde. cane nk menang??

oleh sebab sedih yang terlampau dan rasa terasing, maka singa itu pun merajuk dan mengasingkan diri. dia mula terlibat dengan gejala sosial iaitu lari dari rumah. satu hari singa tu telah keluar dari kandangnya tanpa diketahui oleh sesiapa pun. jauh singa itu membawa diri serta hati yang hiba dan hancur berkecai. setiap langkah nya pasti di ikuti oleh cucuran air mata yang turun bercucuran dengan laju seperti air terjun. sampailah singa itu di suatu tempat yang agak sunyi. lalu dia pun duduk disitu seorang diri, seekor diri, mengenangkan nasibnya yang malang.

tidak lama kemudian, lalu lah sekumpulan singa2 yang gagah dan besar di hadapan nya. dengan izin Allah, seekor singa remaja yang turut serta dalam perarakan singa tersebut ternampak singa yang sedang menangis tadi. lalu dia pun mendekati singa itu.

"awat hang ni?" tanya singa remaja tadi kepada singa yang menangis.
"takda, aku sedih. aku takda tanduk. asek kalah ja kalo lawan kambing2 lain.." jawabnya.
singa remaja itu hampir tergelak dibuatnya, tapi dia menahan gelaknya itu. lalu dia pun mengajak singa tersebut ke rumah nya.

maka singa itu berguru lah dengan bapa kepada singa remaja tadi. di ajarnya cara mengaum, menerkam dan segala2nya yang patut diketahui oleh seekor singa. potensinya dikeluarkan.

setelah 2 purnama berguru dengan bapa singa, tibalah masanya singa tersebut pulang ke kalangan kambing dan sparring dengan abang kambingnya. "kali ini aku tak akan kalah!" kata singa itu kepada dirinya sendiri.

dalam perjalan pulang, kata2 gurunya sentiasa terngiang2 di dalam telinganya, "kamu takde tanduk pun takpe, kamu ada senjata lain. kamu ada kuku. kamu ada taring. kenapa sedih sebab tiada senjata kambing sedangkan kamu ada senjata kamu sendiri?"kata2 inilah yang memberi semangat kepadanya.

setibanya di kandang kambing, dia mencabar abang kambingnya yang selalu mengalahkannya dahulu. sebaik sahaja abang nya berlari untuk menanduknya, singa itu mengelak ke tepi lalu counter-attack dengan menerkam ke arah abangnya tersebut menggunakan kuku dan taringnya serentak. maka berlumuran lah darah abang kambing tadi itu kerana kulitnya ditembusi senjata2 singa yang jauh lebih hebat. melihat keadaan ini, kambing2 lain datang untuk membantu secara berjemaah, tapi jemaah ini berjaya di kalahkan dengan hanya satu ngauman sahaja. semua kambing lain lari lintang pukang.

habis lah cerita. penat dah aku nak tulis.

pengajaran:
  1. generally: kita ada potensi kita sendiri. jangan selalu comparekan diri kita dengan orang. jangan selalu jadikan orang lain sebagai kayu ukur kekuatan. mungkin kita ada sesuatu yang dia tiada. cari potensi itu.
  2. islamically : kita sebagai umat islam ada senjata kita sendiri yang jauh lebih hebat daripada senjata yang dicipta oleh orang kafir yang mengkaburkan pandangan kita. ya, kita dibesarkan dalam 'zaman moden' yang mana dunia ini telah diperintah oleh golongan kafirun. otak kita dibasuh dengan senjata2 moden yang dicipta oleh mereka. nuclear, ak-47, assault rifle, gattling, apa lagi? tapi semua senjata ini dimiliki oleh mereka, bukan kita. maka dengan itu kita bersedih dan berasa lemah kerana tiada senjata yang hebat. sedangkan kita ada senjata yang jauh lebih hebat- seperti singa tadi-yang telah disorok. kita ada doa, kita ada iman, kita ada Allah. Allah yang lebih berkuasa dan tiada tolok bandingnya. bukan nak kata Allah itu senjata, tetapi Allah itu pelindung kita. senjata kita doa. mengapa kita tidak gunakan senjata ini? sebab kita berdoa, tapi tak makbul. macam mana nak makbul, hubungan kita dengan Yang Maha Kuasa ni kita tak jaga. solat pun terabur. kita mengaku beriman, tapi tak tunjukkan kita beriman. kita lebih suka menunjukkan kekufuran yang ada. kita nak islam itu tertegak, tapi kita tak berusaha untuk sebarkan islam. kita nak islam menang, tapi kita tak tolong islam pun. macam mana nak menang?

3 comments:

huda said...

nk jugak sparring dia nih... :P

Amirul said...

weks. bia r..

Nik Hafez said...

thanx lex..tersedar :)

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails