Wednesday, February 10

Cerita predation....

suatu pagi, di sebuah cafe....

Ali : assalamualaikum abu, apa khabar?

Abu: waalaikumussalam warahmatullah. sihat2. alhamdulillah. kau?

ali : sihat lah juga. kalau tak takkan aku ada kat sini.

abu : haha. betul2. eh, kau dah makan ke? jemput lah sekali.

ali : takpe2. aku dah makan kat bilik tadi. kau mula kelas pukul berapa hari ni?

abu : aku? sekejap lagi la. pukul 8. kelas bio. kau?

ali : aku takde kelas pun hari ni sebenarnya.. saja datang jalan2. bosan duduk dalam bilik. ni, aku nak tanya kau ni. alang2 kau ada kat sini. boleh explain pasal prey-predator tak?

abu : prey-predator? owh. yang predation semua tu ye? apa yang kau tak faham?

ali : aku lupa la...

abu : macam ni, mula2 kat satu tempat tu, satu habitat, banyak lah binatang yang hidup ye tak? kita ambil contoh arnab la. ramai la arnab kat sini.. lepas tu, tiba2 je datang la kucing hutan. kucing hutan makan arnab ke eh?

ali : tanya aku buat apa....

abu : anggap la kucing hutan tu makan arnab. ok. so bila dah banyak arnab ni.. macam kau la. bayangkan kalau cafe ni.. makanan semua free. apa yang kau rasa?

ali : huiiii.. makan free kau jangan cakap.. pantang aku. jadi kiranya kucing tu pulun la ye arnab ramai2 tadi tu?

abu : macam kau lah. pulun habis-habisan. haha. jadi kenyang la kucing tu... pastu mesti dia ajak kawan2 dia, family2 dia datang jugak kan? sebab ada makanan free. dia nak makan sorang pun macam tak leh habis je... pastu datang la kawan2 kucing.. food-spree... pastu kucing2 ni pun take over the world la... ramai la pulak kaum kerabat diorang kat tempat arnab tu.. sebab makanan senang dapat...

ali : kesian arnab tu dowh..

abu : nak buat macam mana.. sunnatullah..

ali : hurm.. teruskan2...

abu : pastu, bila da ramai sangat kucing, makan punya makan, habis la arnab tu lama2 ye tak? asyik kena makan je. nak beranak pun tak sempat. maka, berkurang la population arnab.. bila arnab dah jadi sikit, kucing tu pun susah la nak makan balik kan? berebut2, bergaduh, bunuh2.. semua lah. sebab makanan dah sikit, pemakan pulak banyak, mesti tak cukup makan. bila dah tak cukup makan tu.. qalu innalillah laa....

ali : apa, mati lah kucing tu ye?

abu : aah. mati.... pastu bila ramai mati, kurang la balik population kucing. bila kucing da kurang, arnab tu pun tak banyak orang nak makan dia.. so dia macam bebas balik. boleh beranak balik. pastu jadi ramai balik.... pastu cycle dia continue la macam tu.. habis..

ali : ow... macam tu... mantap r.. boleh cycle macam tu sendiri ye..

abu : tu lah. tapi kau tak patut cakap macam tu tau. sebab semua cycle2 tu Allah yang buat.

ali : subhanallah.. betul cakap kau. hebat r Allah ni kan? Dia buat benda2 ni jadi cycle je.. ulang2 balik. takkan habis.. kalau kita.. mesti habis punya satu benda. mana boleh nak buat cycle2...

abu : itu la pasal. banyak benda yang kau belajar pasal bio ni yang boleh relate dengan kebesaran Allah. kau kena fikirkan je.. nitrogen cycle la.. calvin cycle.. banyak cycle lagi lah..

ali : Allahuakbar. betul la cakap kau. aku selama ni belajar bio tak pernah pun terfikir pasal benda2 ni semua. tq abu, kau remind aku..

abu : takde hal. itu la guna nya kawan. eh, aku pergi dulu ye. kelas dah nak start. assalamualaikum.

ali : waalaikumussalam.. terima kasih tau...


-habis cerita-

pengarajan : ingatlah Allah dalam apa2 jua keadaan. relate kan segala benda yang kita belajar tu dengan kebesaran Allah. sesungguhnya segala ilmu itu Allah yang datangkan. idea Dia semua tu. maka, janganlah kita kutuk benda2 yang kita belajar. (nak kutuk saintis yang jumpa benda tu xpe, jangan kutuk benda yang dia jumpa sudah r... )

3 comments:

a.N.A said...

allahu akbar

huda said...

nice one..
lg best bila blajar astrophysics and all... stellar evolution and cosmology <3

Syariful Bahri said...

amboi huda... dah start dgn astrophysics plak.. huhu~

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails