Friday, July 31

Punching bag dan cuti..

salam alayk.
cuti kecemasan sempena selsema babi selama seminggu sudah berakhir. esok(sabtu, 1/8/09) aku akan pulang ke cemara kembali. seminggu berlalu dengan cepatnya tanda disedari. masyaAllah...

seminggu di rumah pada kali ini, aku tidak banyak melakukan aktiviti. keluar rumah pun tidak. apatah lagi drive kereta. cuma yang aku lakukan ialah MAKAN. ye.. MAKAN. sekarang ini musim durian, jadi kuantiti durian banyak nak mati. alhamdulillah, rezeki amat murah setiap kali aku pulang ke rumah. boleh dikatakan setiap hari akan ada orang membawa durian ke rumah aku dalam bilangan yang tidak mampu dihitung dengan segala jari jemari yang ada pada badan. sampai sekarang ini masih ada lagi durian yang tidak ditetak. buah lain juga ada seperti rambutan dan langsat (atau duku atau dokong. aku confuse). banyak juga.

dan highlight di rumah pada kali ini ialah kewujudan punching bag di kawasan belakang rumah. memang telah lama aku berangan..'kalau ada punching kt sini, kan best. hari2 leh training sepak.'
dan angan2 aku menjadi kenyataan setelah sekian lama. alhamdulillah.. walaupun punching bag itu murah dan dibeli untuk latihan taekwondo adik aku, tidak bererti aku tidak boleh menggunakannya, kerana aku juga pengamal taekwondo. huhuhu...

dan satu sesalan aku: tidak menggunakan punching bag itu dengan bersungguh2 sepanjang seminggu berada di rumah. hanya pada hari ini sahaja aku berlatih bersungguh2. bersungguh2 bermaksud aku tendang dengan sepenuh tenaga. bersungguh2 bermaksud aku berlatih segala jenis tendangan yang aku telah pelajari seperti turning kick, backthrust kick, reverse swing kick, jack kick dan chopping kick. bersungguh2 bermaksud aku berlatih sehingga penat. haih... malang nya, cuma hari ini baru aku lakukan semua itu. tidak mengapalah.. 3 minggu lagi cuti lagi..

3 comments:

Saifullah (Dr.Irina Akma) said...

mirul byk durian..eka byk cempedak!!!!! nikmat~

AkMaR said...

Mana aci...
Lagi 3 minggu ada cuti lg ke?
cuti apa?

Amirul said...

akmar : sem ni paling byk cuti rasenye. 3 mgu lg cuti midsem. bjalan mcm biasa. lps cuti smgu, 3 mgu lps tu pulak cuti lg. raye. pstu baru la nk mati. xde stadi leave.. ielts lg. muet lg. hohoho..

eka : hah. mane nye cempedak goreng? open r kt tgh2 court tu ke.. huhu..

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails