Tuesday, August 25

Sotong Sumbat Pulut

Salam alayk.. alhamdulillah, hari ni sudah 4 hari kita berpuasa. jom cek balik, adakah puasa kita itu hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja? atau pun kita puasa dengan erti kata puasa yang sebenar-benarnya? yakni puasa segala pancaindera. tak tengok benda2 pelik, tak cakap benda yang tak patut, tak dengar benda2 yang tak patut jugak.. sama2 kita muhasabah diri sendiri. bagaimana pula dengan amalan di bulan ramadhan? yang mana pahala di lipatgandakan bagi setiap amalan, yang mana amalan sunat di beri pahala seperti amalan wajib dan wajib lebih2 lagi lah, kan? kalau di shopping complex ada sale, ada jualan beli satu percuma satu, kita mesti berebut nak beli. tapi ni Allah nak bagi pahala jauh lebih banyak daripada semua tu, berebutkah kita?

okai. tazkirah a.ka. muqaddimah dah habis. :)

baiklah, pada post kali ini, aku ingin berkongsi ilmu tentang satu lagi resepi yang aku pelajari petang tadi, iaitu seperti yang tertera untuk title. macam biasa, aku masak di bawah supervision and tunjuk ajar parent aku, kali ini bapa aku. okeh.. jom masak!

bahan2:
  • beberapa ekor sotong (aku buat tadi 10)
  • beberapa genggam beras pulut
  • 20 batang lidi atau pencungkil gigi
  • nisan a.k.a gula melaka(5 keping)
  • bunga cengkih 4 arbitrary unit
  • kayu manis satu batang
  • garam secukup rasa
procedure:
  1. siang sotong dan basuh sesuci mungkin. (baca: kepala di pisahkan daripada badan)
  2. rendam beras pulut di dalam bekas berisi air.
  3. sumbat beras pulut ke dalam badan sotong sehingga hampir penuh. jangan isikan beras terlalu penuh, pastikan ada ruang untuk menutup sotong tersebut dengan kepalanya kembali.
  4. letakkan kembali kepala sotong terbabit di tempat asalnya, dengan tujuan untuk menutup sotong sekaligus menghalang beras yang disumbat daripada keluar meninggalkan sotong seorang diri.
  5. 'kunci'kan kedua-dua bahagian sotong itu dengan mencucuk pencungkil gigi dari tepi badan sotong, tembus ke kepala nya, dan tembus kembali ke tepi badan sotong itu on the other side.
  6. cucuk satu lagi pencungkil gigi perpendicular to pencungkil gigi yang telah tercucuk sebentar tadi.
  7. rendam sotong yang telah siap ini di dalam satu bekas berisi air.
  8. isi kan satu periuk dengan lebih kurang 1/5 air.
  9. pecahkan nisan atau gula melaka eh korang panggil? dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air tadi. letak periuk tersebut di atas dapur dan pasang api sederhana untuk larutkan gula tadi.
  10. ulang step 3-7 untuk 9 ekor sotong yang lain. huhu...
  11. masukkan sotong yang siap disumbat ke dalam periuk satu demi satu dalam keadaan melintang sebaik sahaja semua gula tadi sudah larut dan menjadikan air didalam periuk itu satu gula solution yang berwarna brown.
  12. besarkan sedikit api.
  13. masukkan bunga cengkih dan kayu manis.
  14. tambah garam secukup rasa.
  15. tutup periuk dan tinggalkan sehingga air di dalam periuk itu kering.
  16. serve dan makan!

aku belajar masak benda lain juga hari ni, tapi lain kali lah aku postkan resepi. huhu..

3 comments:

ilia eleena said...

nti2 boley buat sotong sumbat ini banyak2 n bg kt ilia eleena ye?

Amirul said...

haha..buleh2.
seko rm2.50
murah dh tue.. haha

ilia eleena said...

laa, xley jual mahal2.
nti xdop ore nk beli sotong tue.

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails