setelah 20 tahun aku hidup di dunia yang fana ini, banyak yang telah aku pelajari dan aku lalui. lihat. dengar. tengok. apa lagi... antara banyak2 benda yang aku dah tengok, lalui, pelajari, alami,ada satu perkara yang dulu aku terlepas pandang. alhamdulillah sekarang Allah bagi kat aku ilham dan buka hijab yang mengaburi pandangan aku tersebut.
QUARREL -Have a disagreement over something (wordweb)
ya. quarrel ni kalau di terjemahkan ke bahasa melayu, ia membawa maksud bertengkar (google translate =D )
sinonim: bertekak, bergaduh, berbalah, berselisih pendapat. ok. sedar tak sedar, perkara ini merupakan rutin harian kita sebagai manusia. hari2 kita ...quarrel dengan orang2 yang berdekatan. mungkin over masalah matematik, ataupun ketika hendak mencari jawapan kepada satu soalan chemistry. mungkin juga kerana hendak merancang satu trip ke mana2. kita akan quarrel jugak. tapi dengan baik. maka dipanggil berbincang. fine. aku tak kesah yang tu. yang irritating nya ramai manusia yang suka quarrel pasal satu perkara yang kecil kemudian dibesar2kan. sejurus selepas itu, udara menjadi sangat 'dingin'. masing2 tak mahu mengalah. maka masing2 mula menarik muka. hujung bibir sekan akan kalah kepada tarikan graviti, dahi mula berkerut seolah-olah kerak bumi bergeser yang menunjukkan akan berlakunya gempa bumi dengan 9 kala richter. tak lama kemudian kata2 kesat mula melayang2 di udara. kata yang kesat apabila bergerak di udara yang dingin, friction yang dialami akan menyebabkan keluarnya percikan api, menghangatkan keadaan. maka tangan dan kaki akan menggantikan tugas lidah. ok. cukup description.