Sunday, October 12

Shahadatul Haq

Assalamualaikum wbt..

Pernah suatu hari dahulu ketika ana sdg chatting ngan sahabat ana, kami tiba2 tersentuh masalah umat. Kami bincangkan tentang umat islam di akhir zaman nie, yg mana mereka ditindas. Ada antara kita yg dlm keadaan yg amat2 lagha.. sibuk mengikut perkembangan dunia hiburan. Boleh dikatakan segala jenis gossip, baik yg benar atau tidak, baik yg baik atau buruk, yg besar atau kecil, semua dia tahu. Hal inilah yg sebenarnya tidak berapa betul. Hanyut di dunia hiburan sehinggakan masalah saudara sendiri tidak dipedulikan.. subhanallah, apa nk jd.. ana dan sahabat ana itu berasa agak kesal dgn sikap umat islam yg moden sekarang nie. Mengaku islam, tp islamnya entah ke mana. Hanya sekadar dalam IC shj kot.. ni satu lg masalah.. bincang punya bincang, ana pun sebutlah psl dakwah.. dier pon kater..

Man qala la ilaha illallah, fa hua dai’e”

Begitu lah lebih kurang.. mafhumnya, sesiapa yg mengucapkan kalimah la ilaha illallah, maka dia seorang pendakwah. Ana x sure la plak tu ayat hadis ke from ulama.. pun begitu, apa yg penting, main point dia, saper2 yg mengucap ataupun islam, maka dia itu seorang pendakwah.. maka wajib atas dia utk berdakwah.. inilah salah satu komponen dlm shahadah yg kita saban hari ucapkan, supaya shahadah kita itu tidak menjadi seperti menanam tebu di tepi bibir sahaja.. (wakaka).

Pada 10-12/10/2008 bertempat di masjid al-ubudiyyah, seksyne 19 shah alam, berlangsungnya satu program yg diberi nama shahadatul haq(SH). Org yg membawa SH ni bernama al- akh Yusof, seorang pelajar UIA yg berasal dr Brunei.. jd utk post kali ini, ana inging berkongsi apa yg telah disampaikan oleh beliau kerana ini juga merupakan tanggungjawab ana sbg seorang muslim.

وَكَذَ‌ٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu…..”(2:143)

Ayat di atas menjadi dalil kpd isi yg nk disampaikan. Sebenarnya, kita semua yg bergelar muslim, kita yg menganut agama islam mempunyai satu tanggungjawab yg besar.. adapun tanggungjawab yg ana nk ckp kt sini bukanlah solat lima waktu atau pun puasa.. tapi ia diberi nama DAKWAH. Tanggungjawab kita x cukup dgn melaksanakan rukun islam dan rukun iman shj.. kita perlu menyampaikan islam kpd org lain. Kita perlu menarik mereka2 yg hanyut dalam dunia hiburan, yg lemas di alam dunia, yg x berpijak di bumi yg nyata, yg.. apa lg??.. mcm2 la.. kita perlu tarik semua kuli2 Allah ini kmbali ke dalam kandang ubudiyyah – kandang pengabdian diri kpd Allah.. sedarkan mereka semua bahwa kita semua ni hidup di dunia x lama.. dan kpd Allah jugalah tmpt kita akan kembali.. sedarkan tentang tujuan hidup kita. Kita hidup bkn utk dunia, tp untuk akhirat. Firman Allah swt:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”(51:56)

Itulah tugas kita, tujuan hidup kita sebenarnya..

Dalam kita berdakwah, kita perlu lebih fokuskan kpd umat islam itu sendiri dahulu sblm kita menyampaikan islam kpd org yg belum sempat beriman kpd Allah. Bknlah bermaksud jgn layan org kafir, jgn smpaikan islam kpd org kafir, tapi lebihkan masa untuk terangkan islam kpd muslim yg terpesong terlebih dahulu. Sbb, x pelik ke kita nk terangkn something kpd org lain, sedangkn org yg terdekat dgn kita pun x faham lg?

Jd in a nutshell, tugas utk SH ni ada 2 yakni kita raser kita perlu jelaskn islam dgn seterang-terangnya, sbgmana Rasulullah s.a.w terangkan kpd umat sblm kita, then perlu buat org laen pon buat mcm tu jgak.. second one, fikir cara utk lakukan tanggungjawab dakwah ini..

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَتَمَ شَهَادَةً عِنْدَهُ مِنَ اللَّهِ ۗ

“…Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?...”(1:140)

3 comments:

najihah iman said...

salam

syukran ala 'perkongsian'

bangkitlah syabab islam!

Anonymous said...

Salam..

haih.. masa tidur sudah tamat.. Maka, bangunlah dah sempunakan tugas-mu..

Daffodil said...

salam
tanggungjawab untuk membawa sh amat berat..once kite dah ucapkan kalimah tersebut..automatik kite memikul tgjwb y besar ini..orang y tahu tp tak menyampaikan lebih bawah kedudukannya di neraka kelak berbanding mereka y tak tahu langsung...tanggungjawab menjadikan islam sbg ustaziatul alam...

"Lihatlah kepada apa yang dikatakan, jangan lihat kepada siapa yang berkata," - Saidina Ali k.w

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails