saje nk kongsi satu cerita yang dipetik drpd blog seorang sahabat... memula baca agak kelakar.. huhu.. tp pengajaran dia banyak.. untuk orang yang tahu berfikir, of course..
Diceritakan orang pada suatu ketika dahulu terdapat seorang professor yang tersangatlah pandainya dalam hal ilmu-ilmu sains duniawi. Pada suatu hari professor tersebut teringin membuat satu kajian masyarakat di pendalaman yang tinggal di tepi sungai. Maka si professor tadi menyewa sebuah sampan untuk ke hulu sungai.
Sepanjang perjalanan memudiki sungai si professor terpesona dengan keindahan alam serta kekayaan flora dan fauna di bumi Malaysia Boleh ini. Si Professor bertanya kepada pak cik pendayung sampan ; “Apa yang pak cik tahu tentang ilmu botani ?” Lalu pak cik itu menjawab ; “entah la nak, pak cik tak sekolah.” Professor berkata lagi ; “Kalau begitu pak cik telah kehilangan 10% dari hidup pak cik kerana tak tahu ilmu botani.” Professor bertanya lagi ; “Apa yang pak cik tahu tentang zoologi ?” PAk cik itu menjawab ; “Entahlah, pak cik tak sekolah.” Professor mengulas lagi ; “Pak cik kehilangan 10% lagi dari hidup pak cik kerana tak tahu zoologi.”
Sedang professor memerhatikan flora dan fauna, si pakcik bertanya ; “Professor tahu berenang ?” Professor tu jawab ; “Tak tahu, saya tak ada masa nak belajar berenang.” Lalu pak cik itu mengulas ; “Professor akan kehilangan 100% hidup professor kerana sampan ini bocor dan kita tak sempat sampai ke tebing.”
huuu... moral of the story??
jangan la kita bangga diri dengan apa yang kita ada. dan sekali-kali jangan,ye, JANGAN lah kita pandang rendah terhadap orang lain yang tak tahu apa yang kita tahu. lebih2 lagi kalau dalam ilmu. walaupun kita ni pandai, genius, banyak yang kita tahu dan orang lain x tahu.. walaupun itu satu fakta, sebenar-benar mana sekali pun, jangan kita riak,sombong, ujub, takbur.. apa lagi?? sebab mungkin ada benda yang dia tahu dan kita pula x tahu. dan boleh jadi satu perkara yang dia tahu dan kita x tahu itu sebenarnya terlebih penting daripada perkara yang kita rasa penting untuk diketahui..
sedarlah diri.. kita ni manusia dan manusia ni memang Allah ciptakan tidak sempurna. ada yang lebih dan ada yang kurang. tiada yang ada semua dan tiada yang tiada semua. kita saling memerlukan.. fikir2kan la..
wallahualam..
4 comments:
thumbs up! mmg btul... dira pnah dgr bende ni. from sape ye? hmm...
Amirul....lame x jumpa kt intec...
~amin
haha..
funny yet deep
hahahah...
Post a Comment