وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ ﴿٣٤
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.(Surah al-a'raf: 34)
ya, mati itu pasti. nak tak nak memang kita semua akan mati. in fact, bukan sahaja kita, malah semua benda yang bernyawa - haiwan, jin, malaikat, pokok - akan mat. boleh kata kita sekarang sedang menunggu masa sahaja kerana mati itu boleh berlaku pada bila2 masa, tak kira tua atau muda. anda tidak mampu mengubahnya.
dan sesungguhnya mati itu amat perit dan sakit. tak terkata sakitnya. tak dapat diceritakan dengan perkataan. saya pernah melihat sendiri sakaratul maut berlaku di depan mata saya. dah banyak kali. dan cerita tentang ini juga lagi banyak saya dengar.
antara lain, kematian datuk saya ketika saya berumur 12 tahun. datuk saya merupakan salah seorang yang baik dan warak dalam kampungnya dulu. antara orang yang alim la kiranya. dan allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua yang agak lama. memang lama benarlah allahyarham terbaring atas tilam kat rumah di kampung. x leh bangun pon. kalau nak solat, memang sepupu saya akan tolong allahyarham untuk amik wudhu'. kadang2 ayah saya bawa kami sekeluarga balik kampung sebab turn beliau jaga datuk saya. saya dan abang saya turut menolong lah ketika itu. memang agak menyedihkan dan menginsafkan tengok allahyarham. lama-lama, sampai lah waktu ajalnya. mula2 allahyarham macam kena seizure dua tiga kali. then nenek saya kata dah sampai masa. maka ambil la yasin baca terus. rumah tu semakin ramai orang. sanak- saudara semua ada. baca la yasin ramai2. lepas tu allahyarham ok balik. masuk maghrib, datuk saya minta nak solat. sempat la solat maghrib dan jamak isya terus. dalam keadaan terbaring. guna isyarat mata la tu. lepas isya, allahyarham macam seizure lagi. dan kali ini, sepupu saya yang mantap ilmu agama nya datang kedepan dan tenangkan allahyarham. beliau minta nenek saya kalimah suci 'la ilaha illallah' di telinga allahyarham. datuk saya ketika itu meminta air yang manis. dibawanya air teh dan allahyarham minum lah kan? apa lagi. keadaan makin teruk. datuk saya menggelepar ketika nenek saya mengajarnya menyebut kalimah suci. orang yang berada di kelilingnya memegang allahyarham dan allahyarham mengikut dengan elok kalimah tauhid itu, walaupun masih meronta-ronta. kami tahu ketika itu allahyarham sedang bergelut dengan sakaratulmaut. dadanya terangkat sendiri, kepalanya macam terlengguk dan mulutnya ternganga. sakit benar kelihatannya ketika malaikat maut menjalankan tugasnya. sepupu saya cepat2 menutup mulut allahyarham dengan sebab yang saya tidak ketahui. kemudian lama2 allahyarham menghembuskan nafas terakhir. badannya berpeluh-peluh. kemudian seluruh badannya menjadi biru. tamat..
cerita ini saya bawa bukan apa, hanya sebagai iktibar kepada kita yang masih hidup. datuk saya, seorang yang warak, ketika sakaratul maut, masih terseksa. bayangkan, seorang yang tidak dapat bangun langsung buat sekian lama, ketika ajalnya tiba, tiba-tiba dadanya terangkat macam ank terbangun. kita yang masih lagi banyak dosa, masih lagi kurang amalan, cuba fikir - bagaimana pula sakaratul maut kita nanti? adakah lebih teruk, atau lebih baik daripada cerita yang saya bawakan ini?
kenapa perlu ingat mati? kerana cara kita mati lah yang akan menentukan cara kita dibangkitkan. cara kita dibangkitkan akan menentukan cara kita bertemu Allah. tapi semua tu kita x boleh decide nak macam mana. yang kita boleh decide ialah cara kita hidup. cara kita hidup inilah yang akan menentukan cara kita mati kelak.. (anda mampu mengubahnya dalam soal ini..)
wallahualam..
1 comment:
salam :)
thanks for sharing this mirul. really appreciate it.
Post a Comment